SinarPlus anjur peraduan ‘Live Your Life’ sempena ulang tahun ke-3, tawar hadiah menarik

SINARPLUS yang merupakan sisipan segmen gaya hidup akhbar Sinar Ahad bakal menyambut ulang tahun yang ke-3 pada 1 Mac depan.

Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, bersempena dengan itu, buat pertama kali, SinarPlus bakal meraikannya bersama para pembaca secara bersemuka di District 21 dengan kerjasama iOiCiTY Mall, Putrajaya.

“Selepas tiga tahun, kami rasakan sudah tiba masanya untuk turun padang bertemu dengan pembaca untuk meraikan keberadaan SinarPlus sebagai salah satu wadah gaya hidup yang semakin popular,” katanya ketika ditemui pada Khamis.

Nik Justin Nik Mohd Ariffin

Baca ni Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Serentak dengan itu, SinarPlus juga menganjurkan Peraduan Live Your Life yang telah pun bermula pada 2 Februari lalu dan akan berakhir pada Isnin, 20 Feb ini.

Iklan
Iklan

Menerusi peraduan berkenaan, seramai 30 pemenang bertuah akan dipilih, sekali gus berpeluang untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan ulang tahun.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pembaca, pelbagai hadiah menarik disediakan. Apa yang pasti, mereka yang terpilih tidak akan pulang dengan tangan kosong. Jadi, penyertaan orang ramai amat dialu-alukan,” ujarnya.

Cara untuk menyertai pertandingan tersebut cukup mudah. Orang ramai hanya perlu muat naik gambar atau video aktiviti harian seperti bersukan, membeli-belah, memasak dan lain-lain di akaun Instagram SinarPlus.

Baca ni Promosi nasi lemak 90 sen, ada anggap tawaran Pak Mat Western Cafe sekadar gimik. Wanita ni kongsi penjelasan!

Nyatakan kapsyen mengapa anda ingin menyertai sambutan ulang tahun SinarPlus Live Your Life di District 21. Kemudian, tag tiga orang rakan yang ingin dibawa bersama.

Dalam pada itu, Nik Justin berkata, SinarPlus kini dalam proses penjenamaan semula dengan misi baharu yang lebih memfokuskan kepada trend gaya hidup kaum wanita dari pelbagai aspek.

“Antara topik yang akan dikupas setiap minggu adalah berkisar tentang kesihatan, dekorasi, fesyen terkini, produk kecantikan, personaliti atau idola ramai termasuk destinasi makan dan pelancongan impian, resipi, hiburan, gajet, permotoran serta kisah inspirasi wanita.

“Bukan itu sahaja, SinarPlus turut mempunyai program signaturnya iaitu DNA (Doktor & Anda) dan Borak Bibir Merah yang masing-masing mengupas isu kesihatan semasa dan hal kewanitaan. Tidak ketinggalan program yang menyentuh hal kemasyarakatan , Cerita Orang Kita dan The Story Of…” katanya.

Baca ni Syahirah Vitalis pikat pelajar, penuntut IPT akui penampilan lebih sempurna dan meyakinkan

Sementara itu, Eksekutif Editor Gaya Hidup & Hiburan, Meen Tahrin melahirkan keterujaan apabila akhirnya dapat bertemu dengan pembaca yang selama ini menyokong SinarPlus sama ada dalam bentuk bercetak dan online.

Meen Tahrin

“Sambutan ini sebagai tanda terima kasih kepada para pengikut SinarPlus sejak awal kemunculan kami iaitu pada 1 Mac 2020 dengan edisi pertama yang memaparkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan pertama.

“Justeru, jangan lupa bersama-sama kami dengan menyertai Peraduan Live Your Life,” katanya.

Baca lagi ‘Pandai bawa diri, ikut protokol. Bekas suami ayah terbaik.’ Ini reaksi Norjuma bila ditanya tentang status diri & anak-anak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

8 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

9 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

9 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

11 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

14 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

15 hours ago