MEMPUNYAI kenderaan sendiri pastinya memudahkan urusan harian untuk membuat pelbagai aktiviti termasuklah ke tempat kerja.

Namun begitu, lazimnya untuk memiliki kemudahan tersebut bagi graduan yang baharu memulakan kerjaya bukannya mudah. Perlu mengumpulkan modal bagi membayar ‘wang muka’ dan pelbagai kekangan lain perlu dipertimbangkan.

Bagaimanapun kini terdapat pelbagai tawaran yang memudahkan.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) misalnya mengumumkan kerjasama dengan Maybank Islamic Berhad bagi menyediakan skim pembiayaan khas untuk para graduan membeli model baharu sama ada Toyota Vios, Yaris atau Avanza.

Skim pembiayaan sewa beli Murabahah Vehicle Term Financing-i (MVTF-i) berdasarkan prinsip Murabahah itu memberikan pilihan pembiayaan tambahan kepada para graduan selain pembiayaan sewa beli islamik menurut Al Ijarah Thumma Al-Bai (AITAB).

Dalam kenyataan medianya, pakej pembiayaan itu bagaimanapun hanya tertakluk untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

“Skim pembiayaan MVTF-i ini terbuka untuk graduan (pemegang ijazah) yang berusia antara 21 sehingga 30 tahun, sedang bekerja dan memiliki pendapatan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

“Tempoh bekerja pula minimum selama enam bulan,” kata kenyataan tersebut.

Bagi mereka yang bekerja dalam tempoh kurang daripada enam bulan boleh mendapatkan penjamin daripada pihak ibu bapa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Iklan

Sementara itu, bagi graduan yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 akan tetapi lebih daripada RM2,000 masih berpeluang untuk memohon skim pembiayaan dengan syarat penjamin mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 atau lebih.

Toyota Vios, Yaris dan Avanza merupakan antara model paling laris dalam segmen bukan nasional untuk pasaran Malaysia.

Ia menawarkan model saiz yang kompak, pemanduan ekonomikal serta ciri keselamatan termaju seperti sistem pemantuan titik buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan perakam video digital (DVR.

Iklan

UMW Toyota menawarkan jaminan sehingga lima tahun tanpa had perbatuan, serta keahlian percuma kepada perkhidmatan 24SEVEN Road Assist.

Bantuan kecemasan 24 jam tujuh hari seminggu pula dengan pembelian perlindungan insurans tambahan daripada pengedar UMW Toyota Motor yang bertauliah.

Ada yang teruja? Apa pun utamakan keperluan dan bukan kehendak ya.. -AG #JanganPutusAsaMalaysia