PASTINYA setiap hari kita akan gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu bayi, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah korang pelbagai jenis kuman bakteria melekat pada span tersebut?

Antaranya, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium dan kulat.

Mungkin ramai yang cakap, sabun pinggan boleh bunuh kuman-kuman berkenaan.

Namun, korang perlu tahu kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ia direndam dalam sabun pinggan.

Lebih menakutkan ia boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas tau!

Bukan itu sahaja, span itu juga ibarat ‘syurga’ bagi kuman.

Iklan

Paling membimbangkan, jika tidak bernasib baik korang mempunyai risiko untuk mendapat cirit-birit.

Jadi, tolong jangan ambil mudah ya…

Iklan

Bagi mengelak perkara tersebut, ini antara panduan yang diberikan oleh Public Health Malaysia yang boleh korang ikuti:

1. Tukar span setiap tiga minggu sekali
2. Bersihkan span tersebut dengan merebusnya selama 5 minit atau masukkannya bersama air dan peluntur ke dalam microwave
3. Beli span baru. Lebih baik seminggu sekali tukar

Ingat, pastikan tiga minggu sekali span basuh pinggan ditukar atau bila ia sudah mula berbau busuk.