Tablet percuma khas buat pelajar IPT, ini cara mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia wanita perlu tahu

TABLET percuma khas untuk pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)! Ibu-ibu atau wanita perlu tahu cara memohon untuk anak, adik-beradik atau saudara mara.

Seperti yang semua sedia maklum, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih telah melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar kategori B40 di IPT.

Inisiatif tersebut diberikan bertujuan untuk memastikan pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos yang berpatutuan supaya dapat menjalankan pembelajaran secara atas talian.

Berikut info permohonan dan syarat kelayakan;

1. Tarikh permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah dibuka bermula April lalu dan terdiri daripada dua fasa.

Bagi Fasa Pertama, permohonan telah dilakukan bermula 15 April 2022 hingga 15 Mei 2022 manakala bagi Fasa Kedua pula, telah dibuka pada 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

Iklan
Iklan

Pemberian satu (1) unit peranti Samsung Galaxy Tab A8 LTE untuk pemohon yang memenuhi syarat umum kelayakan PerantiSiswa seperti berikut.

Baca juga Beg berat, lokar murid Tahun 1 dan 2 dipasang di sekolah mulai akhir bulan ini, ramai ibu tarik nafas lega

2. Syarat kelayakan permohonan;

  • Warganegara Malaysia
  • Daripada kategori keluarga B40 iaitu pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi, Asasi, Diploma, Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia;
  • Pelajar Tingkatan Enam di bawah KPM (2 semester);
  • Bukan pelajar tahun akhir pada tahun 2022;
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa; dan
  • Tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program di bawah Kerajaan.

3. Peranti diberi secara terus

Inisiatif tersebut hanya melibatkan pemberian peranti atau tablet tanpa pelan data internet.

Apa yang menariknya, peranti yang diberikan secara automatik akan menjadi milik si penerima secara terus.

Ya, pelajar tidak perlu memulangkan semula tablet tersebut meskipun sudah tamat pengajian. Tetapi penerima perlu bertanggungjawab ke atas peranti masing-masing dan ia sama sekali tidak boleh dijual kepada mana-mana individu.

4. Pelajar perlu melaporkan sekiranya ada sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian tablet yang diterima di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

5. Penerima peranti perlulah mematuhi peraturan atau polisi keselamatan siber IPT atau agensi-agensi kerajaan yang berkuatkuasa.

6. Peranti hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran kendiri dan tidak digunakan untuk mengakses laman sesawang yang menyalahi undang-undang negara.

7. Penerima peranti yang melanggar apa-apa syarat atau menyebabkan sesuatu kehilangan atau kerosakan ke atas peranti disebabkan kecuaian boleh dikenakan penalti yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Program.

8. Penerima peranti adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Baca juga Rupanya banyak perkara boleh ‘detect’ melalui FB, lakukan 7 tip ini elak digodam

Cara memohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia;

  • Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi Fasa Kedua masih dibuka sehingga 30 September 2022.
  • Jadi kepada mereka yang masih belum membuat permohonan, anda boleh layari laman web berikut https://perantisiswa.kkmm.gov.my.

Sumber: PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

2 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

4 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

5 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

6 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

7 hours ago