Tak dapat beraya di Perlis akibat dijangkiti Covid, Fasha Sandha luah kesedihan. ‘Hancur plan raya dengan keluarga.’

PELAKON Fasha Sandha berkongsi rasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyambut raya di kampung halamannya, di Perlis gara-gara dijangkiti Covid-19.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui hatinya hancur apabila melihat keputusan kit ujian kendiri Covid-19 miliknya positif selepas mengalami simptom selesema sejak hari raya pertama di kampung belah suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Ngeri Sembilan.

Hati siapa yang tidak hancur….

Kisahnya… sejak raya pertama terus bersin-bersin non stop . ingat kan nak selesema biasa je… husnuzon. 

Iklan
Iklan

13 jam dalam perjalanan dari Rembau, berhenti kl sekejap, sambung perjalanan ke Perlis… makan apa2 rasa tawar, hati ni tiba2 rasa tak sedap hati, terus pegi klinik dan check covid 🦠 sebelum nak jumpa keluarga di Perlis. 

Ya benar, berjaya mendapat covid dari Rembau. Nasib la, pegi check, kalau tak check, makanya saya membawa virus ni ke semua di perlis. Dah la di perlis ni ada ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah Allah lindung diorang

daripada covid,” ujarnya.

Pada masa sama, wanita berusia 40 tahun itu reda dengan dugaan yang terpaksa dilaluinya.

Ini Dugaan raya kami… 

Sedih tak dapat beraya dengan keluarga perlis satu perkara..

Lagi satu sedih teramat sebab 99 peratus di sana bila kami bagitau kena covid diorang mengganggap ni demam biasa je… 

siapalah yang keluar beraya masa ada covid ni, kan.

Memanglah selfish. Kerana kau punya selfish, kau tahu kau tak sihat, tetap keluar beraya, pass virus pada orang lain. hancur plan raya saya dengan keluarga perlis saya.

Hari ni sambung perjalanan kami ke KL, 10 jam lagi nak mengadap jalan jam.

Akuinya, perkongsian tersebut dibuat supaya semua pihak berjaga-jaga dan berwaspada dengan virus yang masih ada dalam kalangan masyarakat.

Dan inilah kisah raya kami keluarga kecil. Beraya sambil quarantine sampai Ahad. Takpe .. kami berenam je raya sambil quarantine…. Dugaan kami.

Tujuan saya kongsi perkara ni adalah untuk memberikan peringatan pada followers sy…untuk stay safe. Pakai 😷 jangan bersentuh-sentuh sangat. Biarlah orang nak kata kita sombong daripada dapat penyakit untuk keluarga kita.

Selamat Hari raya maaf zahir batin 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Kita sayang, tapi ALLAH lebih menyayanginya.’ Ibu dedah Konstabel Muhamad Syafiq anak yang patuh, tangguh hasrat kahwin

BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…

1 hour ago

‘Bertahan mummy…’ Mohon maaf kepada ibu, Fatiya Latiff dedah derita skizofrenia

PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…

4 hours ago

Tragis! Didakwa cinta tak berbalas, kisah benar gadis diperkosa dan maut kini difilemkan

KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…

4 hours ago

4 tragedi berdarah, serangan pengganas ke atas balai polis yang pernah menggemparkan negara

SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…

6 hours ago

Tragis! Individu bertopeng ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, 2 konstabel maut, seorang cedera. Berikut kronologinya

[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…

10 hours ago