RAMAI yang dah tak sabar nak lepaskan gian berlari di luar rumah bukan? Maklumlah mungkin ada yang sudah rasa tak sedap badan asyik memerap di rumah.

Bila tak aktif, badan pun lemau saja dibuatnya.

Begitupun, semalam barangkali merupakan berita gembira buat mereka yang sudah lazim melakukan kegiatan berjoging, atau aktiviti sihat di luar rumah.

Perdana Menteri kita mengumumkan untuk membenarkan aktiviti sukan di luar yang tidak bersentuhan (contact sport).

Pasti Isnin ini masyarakat akan turun beramai-ramai ke taman-taman awam untuk berlari. Lepas gian dah nak masuk 6 minggu tidak berlari di luar.

Pun begitu, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian dalam memastikan tidak berlaku penularan jangkitan wabak Covid-19 ini walaupun sudah dibenarkan berlari.

Antara yang dikongsikan dalam laman Facebook Kesihatan, Medical Mythbusters Malaysia, perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

1. Pastikan berlari ada wujudnya penjarakan sosial (social distancing)

2. Elak berlari bersebelahan rapat dengan rakan yang berlari bersama-sama sambil berborak-borak. Bukan sahaja tiada penjarakan sosial tetapi anda juga halang orang belakang yang sedang berlari.

3. Jumpa rakan-rakan semasa berlari elak bertepuk atau bersalaman tangan. Tunduk dan senyum, berikan salam atau “say hi” sudah memadai.

4. Kalau tempat awam tu ramai sangat, mungkin perlu fikir untuk batalkan niat berlari pada waktu itu. Tunggu sehingga keadaan terkawal dan tak ramai orang.

5. Selepas berlari, elak masa untuk duduk berlepak atau bersantai dengan rakan-rakan. Kalau rehat sebentar pun jauhkan diri antara satu sama lain dan “please jangan merokok” di kawasan parkir kenderaan after berlari (nasib baik bulan puasa)

6. Pastikan masuk kenderaan basuh tangan dahulu dengan air dan sabun jika ada atau dengan hand sanitizer.

7. Masa berlari, nak memotong pun adjust sikit kelajuan larian agar tidak seperti menyelit-nyelit. Pastikan memotong orang hadapan pun dengan ada jarak penjarakan sosial 5m.

8. Elakkan berkongsi botol minuman dengan rakan-rakan. Masing-masing bawa minuman sendiri (untuk yang berlari lepas waktu berbuka)

9. Elakkan sentuh permukaan yang disyaki selalu disentuh seperti railing tangga atau pagar di tepi tasik. Lari sahaja, jangan raba-raba or pegang benda lain.

10. Lepas berlari, elok tukar terus pakaian sukan dengan pakaian baru yang kering. Pakaian basah terus basuh bila sampai di rumah.

11. Jika ada sakit seperti demam dan batuk-batuk, tangguhkan niat anda untuk berlari. Kita tak pasti apakah status anda dan anda juga tidak mahu mewujudkan suasana kurang selesa orang lain yang hendak berlari jika anda batuk sana-sini semasa berlari. Amalkan adab batuk dan bersin jika anda terpaksa terbatuk atau terbersin semasa berlari.

Iklan

Nasihat seterusnya adalah untuk elak mudarat lain:

1. Jangan terus start berlari, sudah lebih kurang 6 minggu tidak berlari. Otot-otot tubuh perlu diregangkan terlebih dahulu. Buat senaman pemanas badan dan stretching terlebih dahulu.

2. Check kasut anda. Pastikan berkeadaan baik. Kadang-kadang kasut lama tak pakai boleh senang tercabut gamnya.

3. Pakai pakaian sukan yang betul untuk bersukan.

4. Sekarang ni bulan Ramadan, nak berlari lewat petang pastikan pantau tanda-tanda dehidrasi. Elak berlari jarak jauh pada siang hari semasa anda sedang berpuasa. Lari lewat petang agar boleh terus berbuka puasa setelah masuk waktu selepas selesai berlari.

5. Sekarang juga musim hujan lewat petang, pastikan tidak berlari dalam keadaan hujan dan ada petir atau kilat.

Iklan

6. Berlari selepas hujan juga perlu berhati-hati sebab mungkin permukaan laluan berlari ada yang sudah berlumut dan menyebabkan keadaan di situ licin seterusnya boleh menyebabkan jatuh atau kecerderaan berlaku.

7. Elak berlari dengan memakai “wind breaker” semasa petang masih panas untuk elak hit stroke terutama waktu bulan Ramadan ini.

8. Awas langkah semasa berlari. Mungkin ada ranting-ranting yang banyak jatuh di laluan larian. Jangan laju sangat sambil mengelak halangan takut boleh terseliuh jika permukaan dipijak tidak stabil.

9. Elak bawa anak-anak ke taman-taman permainan buat masa ini. Walaupun kawasan permainan kanak-kanak sudah melalui prosedur nyah kuman namun elok kita ambil langkah berhati-hati.

10. Elak merokok atau vaping selepas anda selesai bersukan/berlari. Kekalkan status sihat, dan bulan Ramadan elok ambil peluang untuk bebaskan diri daripada cengkaman ketagihan Nikotin.

Itu antara nasihat dan tip serta peringatan buat anda semua. Berlarilah dengan keadaan “Norma baru” kehidupan. Jom berlari 30 minit, 3x seminggu. Amalkan cara hidup sihat.