SEORANG pemandu ditahan pihak berkuasa kerana melanggar had kelajuan di lebuh raya M25 di Surrey, Britain dan alasan yang diberikan tidak munasabah langsung.

Apabila ditanya oleh polis trafik, pemandu itu memberi alasan dia memecut laju kerana mahu mengelak daripada dijangkiti virus Covid-19.

Memetik kenyataan dari portal pemotoran tempatan, Mekanika, pemandu yang ditahan itu didakwa melakukan kesalahan kerana memecut selaju 209km/jam di zon had kelajuan yang jauh lebih rendah.

Pasukan polis Surrey kemudian menulis di Tweeter: “Seorang pegawai menahan pemandu yang memandu di #25 pada kelajuan 209km/jam.

Jawapan yang diberi apabila ditanya ialah: “Saya ingat semakin laju saya pandu semakin kurang peluang saya dijangkiti koronavirus,” tulisnya.

Pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah.

Iklan

Polis menyatakan ramai pengguna jalan raya mengambil kesempatan jalan yang lengang akibat penguatkuasaan perintah kuarantin untuk memecut.

Polis Metropolian mendedahkan seorang pemandu didenda sebanyak dua kali dalam masa dua hari kerana memecut di Enfield yang menghad kelajuan pada 65km/j.

Iklan

“Sesetengah orang memang tak makan saman,” kata Ketua Polis Trafik, Andy Cox.

SUMBER : MEKANIKA