‘Tinggi lampai anak teruna, ikut gen mummy. Handsome.’ Sasha Saidin kongsi gambar keluarga, wajah anak jadi tumpuan!

LAMA tidak melihat kelibat pelakon Sasha Saidin di kaca TV.

Baru-baru ini, kakak kepada pelakon Zain Saidin memuat naik gambar bersama suami dan anak lelakinya bersempena Aidilfitri lalu.

Hantaran di media sosial miliknya itu mengundang tumpuan ramai. Masakan tidaknya, beliau sebelum ini jarang menunjukkan wajah ahli keluarga.

Baca ni ‘Mata tengok Karmila je, copy arwah ayahnya.’ Wajah persis Hani Mohsin, penampilan anak Tiara Jacquelina jadi tumpuan

Perkongsian gambar sekeluarga itu dimuat naik pada hari raya ketiga yang memaparkan Sasha bersama suaminya, Sirhan Wahab dan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Iklan
Iklan

Paling mencuri tumpuan pastinya anak lelakinya itu yang kini menginjak ke alam remaja. Mesra disapa Arya, jejaka itu kini sudah melepasi ketinggian si ibu tersayang walaupun baru belasan tahun usianya.

Menerusi kapsyennya, Sasha berseloroh kononnya permohonan beliau untuk memuat naik gambar tersebut sudah diluluskan.

Permohonan post gambar raya bersama suami dan anak remajaku tahun ini akhirnya telah diluluskan, moga tahun depan permohonan diterima lagi so kena start lobi awal-awal nanti. Sekali setahun kan. Siapa yang senasib saya?,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji wajah dan ketinggian anak lelaki aktres berkenaan.

Malah ada juga yang mengakui turut mengalami situasi sama seperti Sasha bab bergambar dengan famili.

Baca juga Ucapan Engku Emran buat Erra Fazira sempena hari lahir Aleesya undang sebak. ‘Terima kasih jadi ibu yang anak kita perlukan

“Tinggi lampai sungguh anak teruna u sis.. U pon dah tinggi, mai tang your son mak aih.. Tinggi sungguh dah ni.’

‘Handsome nya anak Kak Sasha. Boleh ikut mummy dia jadi model.’

‘Handsome like uncle zain dia your Son!.’

‘Dah lama tak tgk ank sya, tiber dah tinggi dari mummynya.’

‘Yeay.. Complete family photo.’

‘Saya pun sama. Takpe kita sabar lagi.’

‘Tertiba bujang dah anak shasha.’

‘Anak2 kita pun tak suka mami dia up gambar. Ikut fiil baba depa. So kena bubuh sticker2 kasi tak nampak.

‘Waah kena apply nak post gambar.tingginya anak teruna.’

Baca lagi ‘Besar nanti jangan dok gila dekat laki orang…’ Pesanan Che Ta kepada Aaisyah bikin ramai terhibur

Untuk rekod, Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono.

Kini, Sasha bahagia dengan perkahwinan ketiga bersama Sirhan dan pasangan tersebut menetap di Dubai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

24 mins ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

1 hour ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

2 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

4 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

6 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

8 hours ago