SELALU terjadi setiap kali mahu bersihkan kipas siling, habis satu ruang akan dikotori debu-debu kipas. Nak bersihkan hanya kipas tapi satu ruang tamu atau bilik kotor dibuatnya, sudahnya kena tambah kerja menyapu dan mengemop lantai.

Sebenarnya tak perlu pun apa-apa alatan yang canggih. Tapi apa yang hanya diperlukan satu atau dua helai sarung bantal yang sudah lama. Anda boleh cuba cara ini.

1.Sembur cuka pada sarung bantal

  • Sediakan satu atau dua helai sarung bantal lama.
  • Kemudian, bancuhkan dua sudu besar cuka dengan sedikit air biasa (cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria)
  • Masukkan bancuhan air ini ke dalam botol semburan.
  • Selepas itu semburkan ke bahagian dalam sarung bantal, sembur secukupnya hingga lembap.
  • Kalau anda tak ada cuka atau tak suka pakai cuka, anda boleh gunakan sabun pencuci.

2.Sarungkan pada bilah kipas

Kemudian, bersedialah untuk memanjat tangga dan membersihkan bilah-bilah kipas. Sarungkan sarung bantal yang sudah disembur dengan cuka tadi pada bilah kipas pertama.

3.Kesat habuk sampai bersih

Iklan

Lepas sarungkan, inilah masanya untuk anda kesatkan habuk-habuk pada kipas hingga tertanggal. Kalau anda guna sarung bantal begini, semua habuknya akan jatuh dan terperangkap dalam sarung bantal. Jadi, habuknya takkan berterbangan dan tak mengotorkan ruang di bawah.

4.Ulang pada bilah kipas yang lain. Siap! Cara yang mudah saja kan? Tak perlu lagi anda nak bersusah payah membersihkan lantai.

Iklan

Kipas lebih laju dan lantai pun tidak comot lagi dah. Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: karteldakwah