Trend loft bed bikin warganet tak senang duduk, betul ke?

BUKAN setakat pokok hiasan menjadi kegilaan ramai ketika ini, kreativiti dekorasi rumah juga menjadi tumpuan warganet sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dilaksanakan.

Terbaru, trend loft bed menjadi perbualan warganet yang dikatakan mampu menjadikan ruang bilik tidur yang sempit kepada bilik lepak ataupun mini pejabat.

Jika difikirkan, agak mustahil untuk menyusun atur ruang bilik yang kecil untuk dijadikan pejabat bagi mereka yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP namun trend loft bed ini adalah jawapannya.

Pelbagai jenis loft bed yang dikongsikan dalam twitter milik @Shukrey_R yang dikatakan sudah jatuh cinta dengan rekaan minimalis bilik yang berfungsi sebagai tempat tidur, pejabat dan almari baju.

Iklan
Iklan

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada yang turut berkongsi keterujaan reka bentuk loft bed yang moden namun ada yang berkongsi pengalaman sedih.

Trust me orang tertentu je boleh tahan, aku pernah beli benda ni at first happy ye sebab banyak space lebih pastu last last aku tidur lantai sebab kepala berapa kali terhaantuk bumbung n tdo kene behave sbb takut kene kipas plus masa turun tngga msa mamai mesti jatuh

.” – Sharifah Balqesh @shrfhblqshrqh

Cantik tu cantik. Jimat ruang lagi. Tapii hmm kalau dh kawin n masa mngandung hm jenuh la memanjat.” – Liana @lixnxjxni

Artikel berkaitan: 10 tahun tak pernah miss kunjungi kubur isteri tersayang

Bayangkan baru je naik, lepastu mak jerit “pegi sidai kain sekarang”. Hehe mau aku terjun terussssss.” – Yaje @rjatheerah

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada yang memberi komen bahawa reka bentuk seperti tidak sesuai bagi bilik yang tiada pendingin hawa, Ada juga komen boleh membuatkan individu yang memiliki berat luar biasa berasa sentap. Auchh !

Orang gemuk cant relate…

” – Daddi @RifdiAmri

Lawanyaaaa tapi kalau jenis orang gemuk macam saya ni tahan ke?,” – Stardust @__shrh

Ini kalau takde aircond ni mau pishang semendang paneh bile malam tarik tilam tidur bawah hahaha.” – Danny? @Dannyy98_

Benda ni org yg ada kesabaran tinggi je boleh ada. Jenuh nak naik tangga, turun pun nak kena hati2.” – Luna @urlunae

Apa-apa pun komen yang diberikan, bergantung kepada minat dan kreativiti juga untuk menjadikan bilik sebagai tempat tidur yang selesa, pada masa sama dijadikan ruang untuk lepak dan bekerja.

Mana-mana design yang dikongsi ternyata cantik-cantik belaka. Tidak kurang juga ruang bawah dijadikan port gamers dengan susunan kemas serba ringkas.

Tanya diri, buka poket masing-masing. Jika ada modal lebih, tak kisahlah buat yang mana termampu demi kepuasan diri, betul kan?

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

8 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago