TENGOK gambar Fazura ini teringat ketika dia menjadi duta kepada satu jenama ubat gigi. Memang gigi Fazura cantik, bersih dan cantik. Memang sesuai dia menjadi duta. Secantik paras rupanya.

Namun, tahukah anda, ubat gigi secara amnya yang terdapat di pasaran, selain berfungsi membersihkan gigi supaya kelihatan putih dan berseri, ada juga kegunaan lain yang mungkin ramai antara kita tidak mengetahuinya.

Sinarplus kongsikan kegunaan ubat gigi selain untuk membersihkan gigi.

1. Hilangkan calar skrin telefon

Skrin telefon bimbit anda calar? Jangan risau! Hanya guna ubat gigi untuk hilangkan calar itu. Caranya, letakkan ubat gigi pada kesan calar dan lap dengan perlahan menggunakan sapu tangan. Ingat, lap secara perlahan ya.

2. Buang kotoran pada langsir

Langsir yang jenis nipis dan lace sememangnya nak cuci sebab jika digosok dengan berus boleh merosakkan kain langsir itu. Namun jika tidak digosok, sukar pula untuk membuang kotoran. Tapi jangan risau! Gunakan ubat gigi sahaja dan tonyoh dengan jari atau sapu tangan secara perlahan. Kotoron pasti hilang dan tidak merosakkan kain!

3. Bersihkan contengan warna pada dinding

Bagi para ibu pasti stress bila anak-anak conteng dinding rumah dengan warna pensil bukan? Yelah. Rumah jadi tak cantik dan bukan senang nak hilangkan. Sudah gosok berkali-kali pun masih ada kesan! Kini jangan risau lagi sebab dengan guna ubat gigi, warna pencil pada dinding mudah untuk dibersihkan.

Iklan

4. Bersihkan hitam kuku

Jika anda sering melakukan kerja berat dan mengotorkan tangan seperti pada kuku ada kesan hitam akibat minyak atau kotoran, boleh gunakan ubat gigi ini untuk membersihkannya. Gosok kuku jari seperti anda menggosok gigi. Ia mampu menanggalkan kesan hitam pada kuku.

5. Bersihkan seterika

Iklan

Seringkali kita berasa takut untuk membersihkan seterika dan tak tahu bagaimana ingin membersihkannya kerana takut rosak. Caranya adalah sapukan ubat gigi dan lap dengan kain yang lembab. Selesai! Seterika kini sudah bersih!

Ini antara kegunaan ubat gigi yang anda boleh lakukan untuk memudahkan lagi kerja harian anda. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: Vocket dan unsplash