[VIDEO] Api terus menyala walaupun tong gas hampir habis, ini kaedah mudah yang boleh kita buat

KEPADA anda yang sering memasak dengan menggunakan dapur gas, tong gas tidak kiralah berapa beratnya merupakan keperluan wajib yang perlu ada di setiap dapur rumah.

Kadang-kadang apabila tengah sibuk memasak, tiba-tiba gas habis. Ini memang selalu berlakukan?

Namun demikian, jangan panik dah selepas ini.

Perkongsian seorang individu menerusi akaun TikTok @mataharishining

Iklan
Iklan
memang sangat membantu kita menangani situasi itu.

Sekurang-kurangnya, dengan cara kaedah yang ditunjukkannya, juadah makan yang ingin dijamah pada hari tersebut dapat disiapkan sebelum kita menukar tong gas yang baharu.

Video pendek pemilik akaun tersebut berjaya meraih hampir 53.1 ribu tontonan sehingga hari ini.

Merujuk rakaman yang dikongsikan, api akan boleh terus menyala dengan cara merendamkan (bahagian bawah) tong gas di dalam besen atau bekas yang berisi air.

“Cara itu boleh digunakan ketika api masih lagi hidup meskipun kecil, bukan sudah terpadam sepenuhnya,” kongsi @mataharishining.

Menariknya, proses menggoreng yang ditunjukkan dalam video berkenaan dapat diteruskan seperti biasa.

Membaca ruangan komen status itu, rupa-rupanya sudah ramai pernah mencuba cara berkenaan semasa persiapan majlis-majlis keramaian seperti majlis kenduri.

Selain menggunakan air paip, air panas juga boleh digunakan kerana dipercayai kaedah itu lebih berkesan dan akan membantu membuatkan tempoh api bertahan lebih lama.

Mengenai cara untuk mengetahui sama ada gas di dalam tong berkenaan masih banyak atau sebaliknya pula, berikut cara semakan yang dicadangkan @mataharishining.

“Jika tong sejuk, bermakna masih banyak gas di dalamnya. Jika tong bertukar sedikit panas, ia bererti kandungan gas di dalam tong sudah berkurang (baki gas) akan habis,” tulisnya.

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, bolehlah mencuba ‘petua’ yang dikongsikan di atas terutamanya buat para peniaga.

Sekurang-kurangnya dengan cara itu dapat memanjangkan sedikit masa nyalaan api dapur tersebut. Semoga bermanfaat.

Foto dan video: TikTok @mataharishining

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

6 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago