Wanita, awas jika jantung tiba-tiba laju. Ini punca, tindakan perlu buat

WANITA atau sesiapa sahaja pasti pernah merasai degupan jantung laju iaitu perasaan bahawa jantung anda berdegup dengan laju atau melangkau degupan normal.

Anda juga mungkin akan merasai seperti jantung berlumba atau melompat dengan ritma yang tidak normal. Keadaan ini kadang kala dapat dirasai pada leher, tekak atau dada.

Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, jika perkara itu terjadi buat sementara, ia mungkin tidak merbahayakan. Tetapi jika berlaku untuk tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor.

Menurut Dr Zubaidi, keadaan ini terdapat pelbagai puncanya.

Iklan
Iklan

Terdapat satu keadaan yang dikenali sebagai aritmia berlaku apabila terlalu banyak minum kopi atau diserang panik (panic attack). Ia bukanlah tanda sesuatu yang serius.

Bagaimanapun, terdapat empat lagi keadaan di mana masalah ini berbahaya;

1. Jantung berdebar disebabkan penyakit sumbatan saluran darah arteri koronari pada jantung.

Peningkatan tahap kolesterol dan kalsium boleh membentuk plak pada saluran darah dan menghalang pengaliran darah ke jantung.

Ini menyebabkan jantung tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan jantung berdebar tanpa sebab.

2. Aritmia selepas pembedahan jantung.

Pembedahan jantung boleh mengubah cara jantung kita berfungsi termasuklah cara ia berdegup. Ia meningkatkan risiko aritmia jantung.

Baca juga Legakan bersin pagi, doktor kongsi petua, hanya guna bawang putih dan air

3. Perubahan pada otot jantung.

Jika kita pernah mengalami serangan sakit jantung, otot jantung akan mempunyai tisu parut yang akan menyebabkan jantung berdegup secara tidak normal.

4. Aritmia jantung disebabkan ketidakseimbangan mineral.

Jantung memerlukan mineral yang mencukupi dan seimbang. Sodium, magnesium dan potasium merupakan antara contoh elektrolit yang penting untuk jantung.

Jika kita mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit mineral, jantung kita berdegup secara tidak sekata.

Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada.

Simptom ini mungkin merupakan tanda kita mengalami serangan sakit jantung. Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin.

Sementara itu, menurut portal HelloDoktor, perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu pesakit menangani masalah kesihatan ini;

1. Fahami simptom dan faktor risiko supaya bersedia untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

2. Kurangkan stres dengan terapi seperti yoga dan pernafasan dalam.

3. Elakkan pengambilan kafein.

4. Jangan merokok.

Baca juga Demam panas tiba-tiba, simptom influenza, ini tindakan pantas perlu ibu ayah buat

5. Kerap bersenam.

6. Amalkan diet berkhasiat.

7. Kawal tekanan darah dan kolesterol.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

5 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

11 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

12 hours ago