Wanita ini kongsi tip cuci kesan conteng anak di dinding guna tiga bahan. Hasilnya, bersih berkilat!

BAGI ibu-ibu yang memiliki anak kecil, pasti kesabaran teruji apabila melihat ruang di dinding di dalam rumah dijadikan ‘kanvas’ seni.

Sebenarnya itu perkara biasa terutama bagi anda yang memiliki anak kecil.

Jangan marah-marah dulu ya wahai ibu bapa. Bak kata pakar, itulah salah satu cara anak-anak merangsang pemikiran dan kreativiti mereka.

Jadi, ibu-ibu tidak perlu bimbang atau naik angin. Lupakan idea untuk mengecat semula atau memadam kesan contengan tersebut.

Iklan
Iklan

Baca ni Hanya guna bahan terpakai, ‘makeover’ #kampunghouse dengan konsep ‘kemelayuan’ dan farmhouse memang menjadi!

Mungkin tip yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Sharifah Hanim Syed Alsom dan kemudiannya dikongsikan  yang boleh kita praktikkan.

Bahan-bahan yang digunakan memang simple dan boleh jimatkan kos.

Menurut Sharifah Hanim, beliau hanya memerlukan span, Cif Cream Multi Surface (beli di sini

) dan air sahaja untuk membersihkannya.

“Caranya juga cukup mudah. Tonyoh di bahagian dinding menggunakan span dengan Cif Cream sehingga kesan ‘lukisan’ tanggal. Kemudian, lap sisa dakwat dan kotoran dengan menggunakan air sehingga bersih,” katanya.

Ujar wanita itu, semua bahan yang digunakan itu membantu menanggalkan contengan sekiranya dinding dicat dengan cat standard.

Jadi, jika rumah anda tidak menggunakan cat khas (boleh beli di sini) yang kalis dakwat, anda tidak perlu risau. Tip dikongsikan oleh Sharifah Hanim, insya-ALLAH dapat membantu.

Baca lagi Syatilla Melvin dan suami kongsi hasil dekorasi bilik movie ala hotel raih pujian ramai. Lawa dan kreatifnya!

Bagaimana pula kalau contengan menggunakan pen dan marker dakwat kekal?

Menjawab soalan berkenaan, kata beliau, sebenarnya agar sukar untuk mempraktikkan formula yang digunakan itu.

Pun demikian, ujarnya, kesan dakwat marker (boleh beli di sini) tetap boleh dikurangkan dengan agar dinding kelihatan lebih baik dari sebelumnya.

Mak ayah yang berdepan dengan anak-anak yang kreatif dan suka menginterpretasikan buah idea mereka di dinding, boleh aplikasikannya. Selamat mencuba!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Bapa Komander Muhamad Amir anggap anak ‘pergi’ sebagai wira negara. ‘Setiap tahun sertai Hari TLDM, tak sangka semalam terakhir’

'TIADA apa perlu dikesalkan, anak saya pergi sebagai wira negara.' Demikian luahan sayu Mohamad Borak,…

21 mins ago

Yassin Senario kongsi gambar raya sekeluarga raih perhatian.’Dah besar panjang, segak dan lawa anak-anak, isteri pun cantik’

PELAKON dan pelawak popular, Yassin Senario jarang mendedahkan kehidupan peribadinya terutama sekali yang membabitkan isteri…

1 hour ago

Jasad cuma cedera di kepala, Nurfarahimi bakal tamatkan perkhidmatan beberapa bulan lagi, luah teringin naik helikopter sebelum pencen

NEGARA berduka kehilangan 10 perwira negara dalam nahas melibatkan dua buah helikopter di dua helikopter…

3 hours ago

Pengasas Mustika Ratu, Ibu Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada usia 96 tahun

PENGASAS syarikat perubatan herba dan kecantikan terkenal Indonesia Mustika Ratu, Mooryati Soedibyo meninggal dunia pada…

5 hours ago

‘Tahun ini beraya tanpa mama dan kakak.’ Kaka Azraff akui sambutan Aidilfitri tahun ini ‘kosong’

  "SEPATUTNYA raya tahun ini tanpa mama, tapi jadi tanpa mama dan kakak." Demikian ungkapan…

6 hours ago

Ikatan 9 tahun terlerai, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu

IKATAN perkahwinan penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu akhirnya terlerai selepas sembilan…

8 hours ago