’11 tahun menantimu…’ Aafiyah genap enam tahun, catatan Siti Nurhaliza undang sebak

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan kesyukuran puteri sulungnya, Siti Aafiyah kini sudahpun genap enam tahun.

Berkongsi foto terkini Aafiyah, Siti memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran sekali gus mengimbau penantiannya untuk memiliki anak kandung. Malah katanya, kehadiran Aafiyah mengajarnya erti kesabaran sebagai ibu.

“Alhamdullillah, enam tahun yang lalu, lahirlah puteri ibu Siti Aafiyah Khalid.

“Anak yang mengajar ibu tentang kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjadi ibu. 11 tahun menantimu, masya-ALLAH, Tabarakallah,” titipnya.

Dalam pada itu, isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu mendoakan kesejahteraan buat Aafiyah.

Baca juga: ‘Berbakat di pentas macam ibu.’-Gelagat Aafiyah pada hari graduasi tadika raih perhatian warganet

Baca juga: ‘Ini bekalan akhirat saya dan suami.’Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

“Ibu doakan Aafiyah menjadi anak solehah yang sentiasa dijaga ALLAH SWT. Anak yang cepat matang, terang hatinya, tegas dalam lembut, mengambil berat dan terus berbakti kepada agama dan masyarakat apabila besar nanti ya.

Iklan
Iklan

“Semoga Aafiyah disayangi seluruh makhluk di langit dan di bumi, menjaga adab dan agama. Permata hati ayah ibu, Siti Aafiyah, aamin Ya Rabb,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu juga pejuang garis dua. Beliau melalui prosedur rawatan in vitro fertilization (IVF) untuk hamil sebanyak lima kali sebelum melahirkan Siti Aafiyah.

Baca juga: ‘Ibu nak nangis, tapi tahan saja.. ‘ Siti Nurhaliza sebak Aafiyah mula bersekolah

Baca juga: [VIDEO]Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting

Aafiyah ketika berusia tiga tahun
Bahkan, sebelum itu beliau juga berusaha rawatan moden tradisional dicuba namun tidak berjaya.

Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas hampir 11 tahun penantian beliau dan suami.

Siti mendirikan rumahtangga bersama Datuk Seri Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Muhammad Afwa yang dilahirkan pada 19 Apr 2021.

Baca juga: [VIDEO] Rupanya bayi lelaki Tok Ti kembar Aafiyah, embrio yang terjadi pada hari yang sama

Baca juga: ‘Kakak tunggu Aafiyah nak datang.’ Sebelum pengasuh bernikah, Aafiyah sempat tuntut janji baju princess

Siti bersama dua permata hatinya, Aafiyah dan Afwa.

Penyanyi itu pernah mendedahkan Muhammad Afwa adalah merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

Rakan selebriti dan warga maya turut mengucapkan selamat hari lahir buat Aafiyah, malah ada yang mengakui tersentuh dengan perjuangan Siti Nurhaliza untuk memiliki zuriat sendiri. Ujar mereka:

“Happy birthday Aafiyah, masya-ALLAH beautiful girl. Salin tak tumpah wajah ibu,” kongsi Syazara Aisha

“Saya menangis semasa Datuk buat sidang media memaklumkan sedang berbadan dua. Masih terbayang-bayang saat itu. So happy for you! Selamat ulang tahun Aafiyah! Semoga ALLAH makbulkan ke semua doa ibumu,” titip Dyna Nora

“Ya ALLAH. Cantik, comel sweetnya anak ibu. ’11 tahun menantimu’ still touches me.” kongsi Che Puan Sarimah.

“Cepatnya masa berlalu, rasanya baru kelmarin saya menangis selepas menerima berita Kak Iti hamil. Happiest birthday Aafiyah! May ALLAH continue to bless your life with kindness,” tulis M Citrad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Share
Azma ML

Published by
Azma ML

Recent Posts

Hampir RM60,000 wang lesap diperoleh semula, Dynas Mokhtar kongsi kronologinya. ‘Rupanya diguna untuk shopping online serata dunia’

HAMPIR empat bulan kehilangan wang simpanan berjumlah hampir RM60,000, pelakon Dynas Mokhtar bersyukur ia diperolehi…

2 hours ago

Waspada trimester pertama, ini tip penjagaan kehamilan awal penting elak risiko keguguran

BERITA tentang kehamilan merupakan satu khabar yang cukup menggembirakan. Bukan sahaja buat pasangan yang sudah…

2 hours ago

Lawanya! Wajah jelita Izara Aishah copy paste mama jadi perhatian. ‘Tiga generasi bersatu, cantik dan manis belaka’

HANYA memuat naik sepotong ayat berkenaan ibunya, media sosial milik Izara Aishah meraih perhatian ramai.…

4 hours ago

‘Saya tak mahu menyusahkan…’ Datin Red tak buat sebarang tuntutan, sempat bermaafan sebelum cerai, Datuk Red kini menduda

BEKAS suami Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan…

5 hours ago

‘Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. ‘Teresak-esak kakak tu menangis’

'Munaa Bella kongsi gelagat wanita ini cari sisa makanan di tempat sampah bikin sebak. 'Teresak-esak…

5 hours ago

Dakwa anak depresi, jauhi keluarga, Halim Othman bimbang keadaan Myra Natasya. ‘Tolong beri ruang dan doa’

SEDIH mendengar kisah pelakon, Myra Natasya yang kini sedang mengalami kemelut dengan bapanya, Halim Othman.…

7 hours ago