‘Anak rezeki yang paling besar.’ Dua kali keguguran, Uqasha Senrose kongsi berita bakal bergelar ibu

TEKA-teki peminat akhirnya terjawab apabila pelakon, Uqasha Senrose mengesahkan dirinya kini hamil anak pertama.

Isteri kepada aktor Kamal Adli itu berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.

“Syukur Ya Allah, Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha.

“Nervous daripada nak jadi isteri dan sekarang jadi ibu pula.

“Ramai yang tanya kenapa Qasha tidak jawab-jawab sebab dah (pernah) gugur, jadi saya takut. Oleh itu, lebih baik saya sendiri yang cakap,” katanya.

Uqasha Nik Sen,32, turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakannya dan Kamal dikurniakan zuriat.

Iklan
Iklan

“Doakan yang baik-baik untuk Qasha and baby. Amin. Terima kasih kepada yang mendoakan.

“Jodoh ajal maut rezeki semua daripada DIA,” katanya.

Baca juga:Tahniah! Zahirah MacWilson hamil anak kedua, Aiman Hakim Ridza tak sabar tunggu 2024;See you

Baca juga:Mewah! Sekali hamil & lahirkan zuriat, suami janji bayar RM1.39 juta, syarat isteri jutawan ini buat ramai ternganga

Baca juga:Paling rare, 29 minggu bayi ‘ajaib’ membesar celah usus, ibu tak sangka sakit perut luar biasa petanda hamil luar rahim

Menjengah ke ruangan IG, warga maya termasuk rakan artis seperti Fazura, Nabila Huda, Elizad Sharifuddin, Siti Saleha, Janna Nick, Emma Maembong, Mira Filzah dan ramai lagi mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti tersebut yang bakal menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, i’m happy for both of you. Congratulations my dear,” kata Marshamilan.

“Tahniah Usha sayang, Alhamdulillah,” kata Daiyantrisha.

“Alhamdulillah, semoga malaikat kecil ini dan ibunya membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh dan solehah. Semoga Sha serta Kamal dipermudahkan urusan dunia akhirat,” kata Nazreenaien.

“Alhamdulillah semoga yang baik buat usha dan baby,” kata hafezzainueden.

Uqasha sebelum ini pernah mendedahkan mengalami dua kali keguguran pada 2022.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di Twitter

InstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

 

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

2 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

3 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

7 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

9 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

13 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

14 hours ago