KESIBUKAN jadual kerja sering dijadikan alasan kepada perpisahan pasangan selebriti Korea Selatan.

Keadaan sama turut berlaku kepada anggota kumpulan Twice, Momo dan Super Junior, Kim Heechul.

Berita perpisahan itu disahkan oleh kedua-dua agensi artis terbabit, JYP Entertainment dan SJ baru-baru ini.

“Kami telah mendapatkan kepastian daripada artis dan benar mereka telah berpisah. Diharapkan anda semua dapat memahami kerana kami tidak dapat memberikan penjelasan secara terperinci disebabkan ia melibatkan kehidupan peribadi artis,” kata jurucakap SJ.

Iklan

Pasangan itu dilaporkan secara rasmi mengesahkan hubungan asmara mereka pada Januari 2020 selepas beberapa kali menafikan berita tersebut.

Iklan

Kedua-duanya telah bercinta sekitar satu setengah tahun.