Bina masjid: Aeril, Wawa pilih saham akhirat, tangguh bina banglo

TERKESAN dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad, menggerakkan pasangan romantis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal untuk mendirikan sebuah masjid.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan ini juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi projek tersebut.

“Pada awalnya, Wawa mendengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

Iklan
Iklan

“Jadi Wawa cadangkan kepada saya dan kami sebelum itu ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

“Kebetulan masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya di Shah Alam hari ini.

Edisi Glam Raya terdapat dalam dua versi, Bukhari dan Muslim mengandungi set pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek yang dijual pada harga RM79 seunit.

Tambah Aeril, hasil penjualan produk terbaharu itu nanti akan disumbangkan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta.

Katanya, masjid yang dijangka dibina pada awal tahun depan itu boleh memuatkan kira-kira 700 orang.

“Saya kira masjid ini bukan daripada kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana kami yang menyumbang untuk kos pembinaan semula.

“Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” jelasnya yang berharap sumbangan ini tidak disalah tafsir.

PENULIS: Aqmar Mustaza

Share
Farah Eliani

 

Published by
Farah Eliani

Recent Posts

Redza Syah Azmeer kongsi gambar bernikah lagi, status Irma Hasmie jadi tanda tanya. ‘Perjalanan baharu telah bermula…’

RUMAH tangga pelakon dan hos terkenal, Irma Hasmie kembali menjadi perhatian apabila suaminya, Redza Syah…

1 hour ago

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

1 day ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago