“Buat apa cari gaduh…” – Annuar Musa minta semua bersatu

PENGGIAT seni perlu mengetepikan perbezaan ideologi dan tidak bercakaran demi kemajuan industri perfileman tanah air.

Menteri Komunikasi dan Miultimedia Tan Sri Annuar Musa, berkata, segala percanggahan pendapat harus diselesaikan secara harmoni sejajar dengan misi kerajaan mempromosikan konsep Keluarga Malaysia.

“Kalau dulu kita asyik baca kontroversi sana sini, sekarang perlu kurangkan konflik. Buat apa cari gaduh dan cari perbezaan, sepatutnya kita harus cari titik persamaan.

“Jika ada idea bagus individu itu perlu cadangkan dan bincang. Tidak perlu masuk media sosial orang itu untuk menghentam sana-sini sedangkan setiap perkara boleh diselesaikan dengan berhemah.

Iklan
Iklan

“Lazimnya dalam dunia sekarang, baik orang politik, artis ataupun pemain bola sepak harus kurangkan konflik. Buat apa suka cari gaduh dan cari perbezaan, padahal mereka lupa cari titik persamaan.

“Jadi harap semua persatuan seni janganlah bercakaran, saya sebagai bapa atau datuk mahu menasihatkan, kita ceriakan kerjaya kita, tidak perlu timbulkan polemik yang tidak baik,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu.

Annuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 di Hotel Royal Chulan The Curve, Damansara pada Rabu.

Annuar melihat trofi FFM31.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Professor Md Nasir Ibrahim serta Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Sementara itu, Annuar turut menegur sikap segelintir penggiat seni yang tidak mengambil peduli penganjuran festival ini.

Katanya, mereka sepatutnya memberi sokongan memandangkan FFM adalah majlis yang diadakan untuk meraikan kru filem.

“Saya faham dalam situasi pandemik masa sekarang, mungkin ada yang terlepas pandang memandangkan mereka kembali bekerja.

“Bagaimanapun kalau dilihat segala publisiti yang dihebahkan di media, mereka sepatutnya lebih peka dengan perkembangan anugerah besar seperti ini.

“Wartawan dan televisyen memainkan peranan menyebarkan mengenai anugerah ini, tetapi mereka (orang industri) tidak mahu ambil ‘port’ apa yang berlaku di sekeliling mereka,” ujarnya.

FFM31 akan berlangsung pada 10 Disember depan di Kuala Lumpur Convention Centre, yang mempertaruhkan 55 buah filem.

Buat pertama kalinya, pemenang Filem Terbaik akan membawa pulang trofi dan geran Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

19 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

2 days ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

2 days ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

2 days ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

2 days ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

2 days ago