Cinta Syria Malaysia sasar RM2.2 juta, bantu pelarian Syria sambut Ramadan
CINTA Syria Malaysia (CSM) terus aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan buat pelarian Syria menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.
Pada tahun ini, CSM menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.2juta untuk Misi Ramadan CSM kesembilan bagi menyediakan peperluan asas yang paling kritikal ketika bulan Ramadan iaitu makanan.
Sepanjang 11 tahun krisis kemanusiaan di Syria, rakyatnya hilang sumber pendapatan dan asas keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan penularan Covid-19.
Menurut UNCHR (kemaskini data pada 15 Mac 2021), 13.4 juta rakyat Syria memerlukan pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan 6.6 juta yang lain pula telah menjadi pelarian di seluruh dunia.
Bagi yang ingin membantu ringankan beban mereka di bulan Ramadan ini, boleh layari pautan www.ramadan4syria.com.
Dalam pada itu, 10 sukarelawan CSM yang menyertai misi di Turki dan Syria pada tahun ini turut disertai barisan selebriti tempatan yang terdiri daripada Noh Salleh, Faizal Tahir, Altimet dan Farah Lee bermula pada 7 sehingga 22 April.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang