Daiyan Trisha tak mahu mengalah

NAMA wanita cantik ini barangkali lebih dikenali dalam arena lakonan dan pengacaraan.

Bagaimanapun, Daiyan Trisha yang bakal menginjak usia 29 tahun pada Disember depan sebenarnya terlebih dahulu menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan penulis lirik.

Meskipun kurang menyerlah, empunya diri tidak sesekali mengalah dan sentiasa positif mengatur langkah sama ada sebagai penyanyi, pelakon ataupun pengacara.

“Tidak ada istilah kecewa, sebaliknya saya percaya dengan rezeki yang ditentukan untuk saya. Walaupun orang lebih mengenali saya sebagai pelakon dan pengacara, saya kira ia satu kelebihan juga untuk saya berkongsi mengenai muzik saya pada masa akan datang.

“Malah, saya meletak impian untuk pergi lebih jauh dalam bidang nyanyian, bukan hanya dalam Malaysia, tetapi juga di luar negara,” katanya kepada SinarPlus

Iklan
Iklan
ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Calon Akhir Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Daiyan meluahkan rasa bangga apabila lagu ciptaannya berjaya berada dalam senarai TOP 5 AIM23.

Lagu nyanyian Daiyan bersama Tuju (K-Clique) berjudul Penat tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Meskipun hanya sekadar pencalonan, selebriti tinggi lampai itu berkata, hal berkenaan menjadi pembakar semangat kepadanya untuk terus berkarya.

“Sebenarnya saya bersaing dengan 600 pencalonan dan akhirnya terpilih berada dalam lima terbaik. Ya, saya memang mengharapkan untuk menang, tetapi berada dalam Top 5 juga sudah membuatkan saya gembira.

“Sekurang-kurangnya pertandingan berprestij ini menjadi salah satu platform untuk artis menghasilkan karya berkualiti. Kepada yang tidak begitu mainstream, kemenangan boleh mengangkat martabat mereka,“ ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan itu yang pernah menghasilkan album berbahasa Inggeris sebelum ini.

Rakan baik

Melihat momentum keterujaan bintang drama Tetuan Ang & Rahimin itu, penulis mengusik Daiyan dengan bertanya, mana satu bidang yang menjadi keutamaan beliau sebenarnya?

Sambil tersenyum manis, beliau berkata: “Saya bergantung pada rezeki mana yang sampai dulu. Kalau banyak tawaran berlakon yang menarik, saya akan fokus pada lakonan. Begitu juga dengan bidang pengacaraan.

“Bila sudah penat berlakon dan rasa perlukan rehat, saya akan fokus pada muzik pula.“

Antara lakonan, nyanyian dan pengacaraan, Daiyan mahu ia berjalan seiring.

Pun demikian, akui Daiyan, muzik kadangkala bergantung kepada mood semasa.

Kata personaliti tersebut, kecenderungannya lebih ke arah menulis. Pada masa sama, dirinya juga suka bekerjasama dengan penulis lirik lain.

“Saya seorang yang suka mengambil bahagian dalam lagu yang dihasilkan. Cuma untuk fokus 100 peratus dalam dunia nyanyian itu, terdapat kekangan yang belum dapat saya selesaikan lagi,“ kata beliau sambil memberitahu, drama lakonannya Projek: High Council

bakal disiarkan di Astro Citra pada November ini, sementara filem Sumpahan Jerunai pula menemui penonton pada tahun depan.

Kesempatan bersuanya tidak dilepaskan begitu sahaja. Isu hangat foto tuan punya badan bersama pelakon Aedy Ashraf yang menyaksikan konsert Coldplay di London, United Kingdom dua minggu lalu cuba digali.

Daiyan berkata, tiket konsert itu dibeli oleh Aedy sebagai hadiah hari jadinya dan mereka sememangnya sudah berkawan baik sejak tujuh tahun lalu.

Meskipun diasak secara manja tentang hal itu, nampaknya Daiyan lebih selesa untuk tidak memberi penerangan lanjut.

“Tiada apa yang perlu saya ulas mengenai kehadiran saya bersama Aedy di konsert Coldplay.

“Saya tidak sangka gambar tersebut akan viral kerana niat saya nak berkongsi kenangan manis menyaksikan konsert itu. Kalau saya tak berbuat demikian, nanti ada pihak yang pertikaikan bila Aedy ke sana?,” katanya yang mengakui aktor berkenaan ialah teman baiknya.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

1 hour ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

2 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

5 hours ago

Que Haidar tunai umrah & haji berlepas ke Tanah Suci, pelukan adik-beradik di lapangan terbang undang sebak

PELAKON, penerbit, dan pengarah popular Que Haidar berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah dan…

5 hours ago

Bercinta setahun, lelaki terkejut identiti ‘isteri’ terbongkar selepas berkahwin

  PENYAMARAN seorang 'wanita' akhirnya terbongkar selepas berkahwin dengan seorang lelaki di Cianjur, Jawa Barat…

7 hours ago

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

20 hours ago