Gigi Hadid kongsi pengalaman bersalin di rumah

SETELAH hampir empat bulan melahirkan cahaya mata pertamanya, model terkenal, Gigi Hadid tampil berkongsi pengalamannya saat bergelar ibu.

Menerusi satu temubual bersama majalah Vogue edisi Mac yang rilis pada Jumaat lalu, isteri kepada selebriti Zayn Malik itu tampil berkongsi cerita, biarpun belum bersedia berkongsi wajah buah hatinya yang dikenali sebagai Khai itu.

Iklan
Iklan

Menurut Gigi, 25, proses bersalinnya mengambil masa yang panjang iaitu selama 14 jam di rumahnya yang terletak di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

“Menerusi pengalaman ini, saya fikir ini adalah proses (bersalin) yang sewajarnya di lalui oleh semua wanita.

“Disebabkan terlalu kepenatan, saya tidak sedar anak saya sudah keluar. Saya tiba-tiba melihat Zayn sudah mendukung anak kami,” ujarnya yang bersalin secara normal diuruskan oleh jururawat terlatih dan pembantunya.

Selain Zayn, Gigi turut ditemani ibunya, Yolanda dan adiknya, Bella Hadid.

Dalam pada itu, Gigi menjelaskan pada awalnya dia merancang untuk bersalin di sebuah hospital di New York, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan kehadiran ramai ‘peneman’, Gigi memutuskan untuk bersalin di rumah sahaja.

Tambahnya lagi, keputusan itu diambil selepas mereka menonton sebuah dokumentari berkaitan proses bersalin di rumah, The Business of Being Born.

“Selepas menonton dokumentari tersebut, saya rasa inilah jawapannya,” katanya.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

4 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

5 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

8 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

10 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

11 hours ago