Giliran Rozita Izlyn tinggalkan pentas GV7

PERSAINGAN Rozita Izlyn dalam Gegar Vaganza Tujuh (GV7) terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu keenam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Rozita tampil menyampaikan lagu Mengapa Sukar Melafazkan Maaf , duet bersama Ezad Lazim. Bagaimanapun persembahan tersebut gagal memikat hati juri apabila mendapat markah paling rendah iaitu 57.40 peratus (%).

Menurut Aishah selaku juri jemputan, nyanyian Rozita tiada masalah, cuma  penggunaan teknik vibrato yang berlebihan menjadikan nyanyiannya kelihatan seperti satu warna sahaja.

Iklan
Iklan

“Ibaratkan kita menyanyi seperti melukis, kalau kita menggunakan vibrato sepanjang masa seperti kita gunakan satu warna sahaja untuk kita mewarnai karya kita,” katanya.

Sementara itu Noraniza Idris tampil dengan persembahan memukau menerusi lagu Bolehlah Boleh, duet bersama Amelina, sekali gus memperoleh markah paling tinggi sebanyak 79.60%.

Pada konsert yang mengangkat tema Double Special atau duet itu, turut menyaksikan Cliff Umar diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi, manakala Anugerah Cuckoo Healthy Home pula menjadi milik Rozita Izlyn.

Selain Noraniza dan Cliff, peserta lain yang turut meneruskan persaingan pada konsert minggu hadapan ialah Aju Success, Muss, Oja, Ashira, Linda Nanuwil, Yantzen dan Ayu Damit.

Kesemua peserta yang bertanding diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Aishah  dan Datuk Awie sebagai juri jemputan.

Biarpun diadakan tanpa kehadiran penonton sebagai langkah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, konsert GV7 minggu keenam tetap berlangsung meriah.

GV7 yang dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 11 Oktober lalu.

Kedudukan peserta pada konsert minggu keenam

  1. Noraniza Idris & Amelina – Bolehlah Boleh (79.60%)
  2. Cliff Umar & Mimi Fly – Smooth (79.00%)
  3. Aju Success & Ali XPDC – Gering (71.30%)
  4. Muss & Siti Sarah – Bercanda Di Pasiran Pantai (67.60%)
  5. Oja & Black – Sembilu – (67.30%)
  6. Ashira & Mark Adam – Dengarkanlah (65.30%)
  7. Linda Nanuwil & Khai Bahar – Bertakhta Di Hati (65.30%)
  8. Yantzen & Marsha Milan – Di Sebalik Rahsia Cinta (62.40%)
  9. Ayu Damit & Hazama – Dia Insan Bercinta (60.20%)

 

(FOTO: Astro)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago