Hampir cecah umur 50 tahun, Krisdayanti tolak jadi ‘mak cik’ dengan suntikan DNA ikan salmon

SELEBRITI popular dari negara seberang, Krisdayanti antara figura yang sentiasa mementingkan penampilan.

Ke mana sahaja acara hiburan yang dihadirinya, beliau wajib tampil jelita, di samping busana yang disarungnya memang ‘vazz’ belaka.

Teman baik pada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga dijadikan idola kepada peminat bukan sahaja kejayaannya dalam industri hiburan, bahkan kejelitaannya turut dicemburui ramai.

Iklan
Iklan

Boleh dikatakan setiap apa yang beliau lakukan, pasti akan mencuri perhatian ramai termasuklah ketika dia menerima suntikan DNA ikan salmon sebagai satu usaha mengembalikan keremajaannya!

Meskipun perkara tersebut bukan baharu kerana difahamkan pada sekitar tahun 2019, ibu kepada empat cahaya mata itu pernah mengakui menjalani proses rawatan yang sama.

Berita berkenaan bagaimanapun kembali hangat diperkatakan kerana dalam keadaan masyarakat di seluruh dunia menerima vaksin Covid-19, Krisdayanti atau mesra disapa sebagai KD melakukan perkara sebaliknya.

Ada juga suara nakal peminat yang mempersoalkan mengapa hal berkenaan kembali diperkatakan, sedangkan KD sebelum ini pernah mengakui melakukannya.

SinarPlus tak mahu komen berlebihan, jom kita perhalusi apa itu DNA ikan salmon?

Menurut Doktor Kulit Indonesia, Susie Rendra, suntikan DNA ikan salmon antara lain dapat mencerahkan kulit wajah dan membaiki struktur sel.

“Teknologi menggunakan DNA ikan salmon merupakan salah satu kaedah baharu mengekalkan awet muda, selain dapat memulih semula jaringan kulit untuk kekal cerah dan mengawal kelembapan”, katanya.

Dikhabarkan harganya dapat mencecah sehingga Rp1 bilion (RM2,900) untuk sekali suntikan.

Ibu kepada empat cahaya mata ini turut dihujani pujian apabila memuat naik gambarnya melalui laman Instagram sehingga ada mengatakan beliau kelihatan seperti seorang remaja berusia 16 tahun.

Berikut antara komen positif peminat terhadap penyanyi berusia 46 tahun itu berdasarkan pemerhatian SinarPlus:

Share
Azma ML

Recent Posts

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

10 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

13 hours ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

14 hours ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

17 hours ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

19 hours ago

Glamping pod kelapa di tengah laut, ini antara tarikan percutian rare di Langkawi

JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang…

20 hours ago