PELAKON dan usahawan popular, Syatilla Melvin berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang kini hamil.

Menurut isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu, ini merupakan kehamilan keenam buatnya selepas melalui tiga kali keguguran sebelum ini.

“Kali ke-6, syukur alhamdulillah… Baru plan nak pakai IUD (alat pencegah kehamilan). Rezeki Allah nak bagi.

Iklan

“Hari-hari minta ALLAH murah rezeki, murah sungguh-sungguh ALLAH bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan ,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Iklan

Syatilla mendirikan rumah tangga dengan Sam pada 8 Februari 2016, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.