Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

BARU-baru ini tular perkongsian video menerusi laman sosial, Instagram milik pelakon Lisa Surihani yang menampilkan dirinya berpakaian menutup aurat dan gayanya itu paling menawan semenjak beliau hijrah.

Menerusi rakaman berkenaan, Lisa kelihatan sungguh menawan mengenakan jubah berona merah manggis dan tudung labuh berwarna hitam sehingga mendapat pujian warga maya.

Difahamkan, pelakon filem Istanbul Aku Datang itu menghadiri majlis agama yang diadakan di rumah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Rata-rata warganet memuji Lisa dengan penampilan sopan dan manis menghadiri majlis ilmuan itu.

“Alhamdulillah, suka tengok ramai artis sekarang sudah berubah mengikut jalan yang diredhai ALLAH SWT, serta menjadi ikon dan boleh juga mempengaruhi peminat menuju jalan yang lurus.”

“The real hijrah. MashaALLAH, SubhanALLAH.”

Baca juga: Warganet puji majlis aqiqah anak Lisa, Yusry ikut SOP, agih makanan kepada golongan asnaf

“MasyaALLAH. Tenang damai yat tengok.. Sejuk je melihat ahli-ahli syurga ini berkumpul.. Moga satu hari dapat berkawan dengan circle ini. Moga ALLAH merahmati kalian semua.”

“ALLAHU… Saya semakin suka tengok penampilan Lisa sekarang… Cantik… Semoga kita sama-sama terus istiqomah…”

“Sejuk mata memandang.”

Majlis ilmu itu disempurnakan dengan kehadiran Ustaz Wadi Annuar dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Bahkan, barisan artis ternama juga turut kelihatan hadir antaranya Neelofa dan pasangan, PU Riz, Izara Aisyah, Erra Fazira, Lisdawati, Datuk Nora Ariffin, Linda Rafar dan ramai lagi.

Benarlah, hidayah itu milik ALLAH dan siapa yang berusaha pasti akan mendapat kemanisannya.

Tahun ini merupakan tahun ketiga dia berhijab sepenuhnya dan dapat dilihat dalam tempoh itu Lisa sememangnya berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna bahkan, dia sering terlihat menghadiri majlis-majlis ilmu.

Pelakon filem Lagenda Budak Setan itu mendirikan rumah tangga dengan berkahwin dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Lisa Surihani sememangnya seorang ikon yang mampu membantu seseorang untuk hijrah dan menutup aurat dengan sempurna.

Baca juga: Lisa Surihani temui ‘cinta’ baharu

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Syamira Liana Nor Ashaha

Published by
Syamira Liana Nor Ashaha

Recent Posts

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

2 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

2 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

5 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

6 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

7 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

10 hours ago