Hormati permintaan suami, Ellie Suriati akur ambil vaksin

AKTRES dan pengarah berkaliber, Ellie Suriati Omar mengakui sudah mengambil vaksin Covid-19 jenis Sinovac pada Oktober dan November tahun lalu.

Biarpun lantang bersuara mengenai isu vaksin sebelum ini, Ellie, 51, mengubah keputusannya sebagai tanda menghormati suami, Azri Iskandar.

“Saya bukan seorang antivaksin. Kalau tidak, saya tidak ambil vaksin lain sebelum ini. Cuma saya ada pandangan mengenai vaksin Covid-19.

Iklan
Iklan

“Ya, saya sudah mengambil vaksin, saya ambil vaksin kerana suami. Dia kata, sudah tiba masanya dia sebagai ketua keluarga, suami dan bapa bersuara mengenai perkara ini serta meminta kami (Ellie dan anak-anak) mengikutinya.

“Jadi sebagai tanda hormat, saya dan anak mengambil vaksin jenis Sinovac dos pertama pada Oktober lalu dan diikuti dos kedua pada November,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Telaga Suriram di The Majapahit Arcoris Mont Kiara.

Ellie yang bertindak selaku jurulatih lakonan dalam filem arahan Osman Ali itu mengakui antara sebab lain beliau mengambil vaksin adalah kerana tuntutan kerjanya.

“Azri tahu saya sayangkan industri seni. Dia tahu betapa sedihnya saya jika tidak dapat bekerja dalam dunia seni, “ jelasnya.

Sementara itu, mengulas tawaran kerja diberikan Osman, Ellie berkata ia kerjasamanya yang kelima bersama pengarah tersebut.

“Sebelum ini, saya pernah jadi jurulatih lakonan untuk filem Ombak Rindu, Pilot Cafe, Kau Yang Satu dan Langsuir.

“Saya baru saja balik dari Sarawak jadi ‘acting coach‘ untuk teater Puteri Santubong. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan kini saya memberikan fokus untuk filem Telaga Suriram.

“Saya teruja kerana ramai pelakon filem ni merupakan pelakon yang pernah memenangi anugerah terbaik,” katanya.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Beza usia 41 tahun bukan penghalang tauke emas kahwini wanita muda

  PERKAHWINAN berbeza usia 41 tahun di Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini mengundang perhatian ramai di…

17 mins ago

‘Awak lah dalam perut saya, 9 tahun kami tunggu.’ Pelakon Toq kini bergelar ayah, timang anak lelaki

SEMBILAN tahun menanti penuh sabar untuk menimang cahaya mata, pelakom elakon, Toq 40, erkongsi berita…

7 hours ago

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

13 hours ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

13 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

15 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

17 hours ago