‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

SEMPENA ulangtahun kelahiran yang bakal disambut 11 Januari ini, Datuk Sri Siti Nurhaliza menyambutnya dengan cara yang istimewa kali ini iaitu terbang ke Tanah Suci Makkah.

Bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-45 tahun, penyanyi nombor satu negara itu berkongsi video sedang dalam perjalanan untuk menunaikan umrah bersama-sama ibunda tersayang, anak-anak dan mak mertua

Turut bersama beliau yang lebih mesra digelar Tok Ti ialah suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Baca ni ‘Saya percaya ALLAH SWT akan berikan juga kemenangan kepada Palestin.’ Doa Siti Nurhaliza untuk Bumi Anbia

Pada masa sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu turut memaparkan wajah Noor Kartini yang merupakan ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa yang turut berada dalam penerbangan yang sama.

Iklan
Iklan

“Perasaan rindu memanggil-manggil ke sana (Makkah). Terfikir segala persediaan sudah cukup. Inilah impian saya untuk sambut hari lahir di sana. Minta izin suami dan beliau benarkan.

“Kebetulan hari lahir ibu saya Disember lalu, ini ibarat hadiah untuknya di samping ibu mertua serta anak-anak.Itu impian 45 tahun hari lahir. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan.

“Doa yang terbaik terutama kesihatan kerana ia amat bermakna, Semoga ALLAH berikan istiqamah dan perbaiki keimanan serta diri. Selain itu, kepada anak-anak semoga ditakdirkan yang baik-baik untuk mereka. Itu sahajalah doa mak-mak, kan,” katanya.

Siti Nurhaliza berkata demikian dalam satu majlis sidang media konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza semalam.

Sementara itu, dalam Instagram milik syarikat JayIbrahim Al Islam UMRAH HAJJ Premium Ticketing & Tours, satu ucapan khas ditujukan kepada Siti Nurhaliza sempena keberangkatannya ke tanah suci bersama ahli keluarga lain.

“Kepada semua followers Jay Ibrahim Al Islam yang dirahmati Allah SWT. Marilah kita sama – sama angkat tangan mendoakan agar kesayangan kita Datuk Sri Siti Nurhaliza @ctdk dan Keluarga Besarnya Datuk Sri Khalid , Siti Aafiyah, Muhammad Afwa, Bonda Nab dan Bonda Salmah serta ahli rombongan CTDK dan Yayasan Nurjiwa di limpahi kemudahan dan kesihatan sepanjang perjalanan ibadah menuju ke Madinah bertemu Baginda Rasullullah SAW dan seterusnya ke Kaabah Makkah Mukarammah.

“Semoga dengan asbab musafir ini Allah jentik hati kita semua untuk lebih berkasih sayang antara satu sama lain dan Allah bantu untuk melancarkan setiap perjalanan hidup kita semua tidak kira dalam apa jua bidang yang kita semua ditakdirkan.

Pada masa sama, syarikat berkenaan menitipkan ucapan selamat hari lahir buat penyanyi terkenal itu.

“Selamat Hari Jadi Datuk Sri Siti Nurhaliza. Semoga Panjang Umur, Sukses dalam setiap Perniagaan dan segala bidang dan seterusnya menjadi Billionare Yang di Rahmati dan dilindungi Allah SWT.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

49 mins ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

2 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

6 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

8 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

12 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

13 hours ago