Isteri Firaun, Asiah wanita yang dijamin masuk syurga, hiasan kepala Uyaina jadi perhatian

PELAKON dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai apabila dia tampil menggayakan sepersalinan pakaian bertemakan Arabian Night.

Video yang dipaparkan menerusi laman sosial TikTok pereka pakaian berkenaan, Shanel Harun manakala aksesori kepala oleh Centre Stage Vision Dynamic.

Bagaimanapun aksesori kepala yang dipakai pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen. Bagaimanapun ruangan komen telah pun ditutup.

@shnllhrn @uyaina in #shanellharun #arabiannight #wedding #arabianwedding #fyp #uyainaarshad ♬ Nour El Chames – Pascale Machaalani

Uyaina menerusi Insta Story berkongsi mengenai busana berkenaan yang sepatutnya dipakai semasa malam berinai.

Iklan
Iklan

Baca juga: Gempak! Gaun Cleopatra ‘Bertanduk’ Uyaina Arshad Raih Perhatian

“Pakaian ini sepatutnya dipakai untuk majlis bertema Arabian Night yang sepatutnya menjadi majlis berinai. Tetapi tidak jadi sebab banjir.

“Tapi sudah viral teruk di Facebook, TikTok, Instagram dan mana-mana sahaja tentang ‘look’ ini terutamanya the headgear (aksesori kepala), “ kata Uyaina.

Juara Pencarian Nona Manis 2015 dan juara Puteri Muslima Asia 2018 itu turut berharap agar semua bertenang.

“Harap semua boleh bertenang sebab saya I love to play dress up sometimes. And I love outfit daripada Shanel Harun dan solekan daripada Datuk Alha Alfa.

“Jadi ini adalah saya sebagai Arabian / Eqyptian Queen. Jangan marah,” titip Uyaina.

Uyaina tidak ketinggalan memuji pakaian yang dihasilkan Shanel yang disifatkannya seperti kostum pakaian kebangsaan peserta ratu cantik.

“This is looks like a national costume already. Semoga selepas ini Shanel Harun dapat buat national costume Miss Malaysia pula. Aamiin,” katanya.

Dalam pada itu itu, isteri kepada Raja Shahiran itu turut berjanji untuk berkongsi lagi perihal busana yang dipakainya.

Semalam heboh diperkatakan di laman sosial Facebook kononnya pakaian dipakai Uyaina seperti isteri Firaun.

“Tapi tahukah bahawa salah seorang isteri Firaun itu adalah Asiah bin Muzahim. Dia adalah wanita yang dijamin masuk syurga.

“Kalau ada yang kata macam isteri Firaun, aminkan sahaja dan berdoa agar kamu adalah Asiah, antara wanita yang terpuji dalam Islam,” titip netizen.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi mengenai pakaian yang direka Shanel itu

yang dikatakan mengangkat tema Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Night.

Sumber: Instagram dan TikTok Shanel Harun, Instagram Uyaina Arshad

Share
Wartawan SinarPlus

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

5 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

6 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

11 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

12 hours ago