Jaclyn Victor terbuka terima kritikan, cari kelainan di pentas GV9

BIARPUN sudah lama bergiat aktif dalam industri muzik dan mempunyai pengalaman luas dalam persembahan pentas, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengakui sentiasa terbuka menerima kritikan.

Apatah lagi apabila menyertai program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang bakal memulakan siaran pada 18 September ini, Jaclyn atau lebih mesra disapa sebagai Jac sedar persembahannya akan dinilai bukan sahaja daripada pihak juri, tetapi juga penonton.

“Saya tidak kisah dengan kritikan dan sentiasa terbuka menerimanya. Apa lagi jika kritikan itu datangnya daripada pihak juri yang sememangnya terdiri daripada orang yang pengalaman dan berpengetahuan dalam bidang mereka.

Iklan
Iklan

“Kalau dalam persembahan biasa pun kita mungkin akan dikritik oleh penonton (netizen), jadi apa salahnya kita duduk depan juri dan mendengar kritikan mereka.

“Apa yang pasti, setiap kali naik pentas saya sentiasa sematkan dalam diri untuk lakukan yang terbaik,” ujarnya.

Mengulas penyertaannya dalam GV9, Jac berkata, pada awalnya dia menolak kerana berasakan kurang sesuai dan tidak menepati konsep program tersebut yang sebelum ini mengangkat barisan penyanyi lama untuk diketengahkan.

Bagaimanapun, apabila dijelaskan tentang perubahan konsep musim baharu, bekas juara Malaysia Idol pertama itu bersedia menggalas cabaran,

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk masuk GV. Memang saya kata tidak, setiap kali orang tanya atau suruh masuk.

“Malah saya masih memberikan jawapan sama apabila dipelawa dan dipujuk pihak berkenaan. Namun bila dijelaskan tentang perubahan konsep program yang lebih terbuka kali ini, barulah saya pertimbangkan.

“Saya mahu mengambil peluang berada di pentas GV untuk melakukan perkara baharu dan lebih kreatif dalam berkarya, tanpa memfokuskan tentang kemenangan semata-mata,” tegasnya.

Jaga suara

Dalam pada itu, Jac mengakui sedar akan jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadapnya dalam program ini.

Selebriti berusia 44 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, seiring dengan peningkatan usia, dia realistik dengan perubahan dialami dalam kualiti suaranya yang mungkin tidak lagi sama seperti dulu.

“Apabila usia meningkat, apa yang kita ada sekarang mungkin tidak lagi sebagus yang pernah kita buat ketika muda dulu.

“Jadi untuk kekal bagus, kita kena buat banyak perkara seperti senaman, latihan vokal dan sebagainya.

“Saya sendiri sebelum ini tidak pernah buat latihan vokal, tetapi sekarang saya lakukan kerana sedar akan kepentingannya. Saya juga jaga makan dan beberapa lagi rutin yang bersesuaian untuk menjaga vokal serta stamina,” katanya.

(FOTO: AZRUL RAFIE – ASTRO)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

6 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

7 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

9 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

13 hours ago