Juliana Evans selamat bersalin, timang anak perempuan kedua

AKTRES berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan anak perempuan kedua pada jam 8.26 pagi, pada Sabtu.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri wanita berusia 34 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah turut memanjatkan kesyukuran atas kurniaan daripada Allah SWT itu.

“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seorang wanita.

“Alhamdulillah saya kini menjadi ibu kepada dua cahaya mata,” kongsinya.

Puteri kedua Juliana.

Menerusi hantaran sama, bintang utama filem Mael Lambong itu turut berkongsi wajah puteri mereka.

Terdahulu pada Mac lalu, Juliana mendedahkan bakal bakal menimang cahaya mata kedua.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin yang juga kerabat diraja Selangor dan Johor pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.

Share
Aqmar Mustaza

 

Recent Posts

RMHC Malaysia santuni kanak-kanak istimewa dan keluarga, kongsi keceriaan bulan Syawal menerusi majlis rumah terbuka

PERSATUAN Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) baru-baru ini berkongsi keceriaan Hari Raya Aidilfitri bersama…

24 seconds ago

“Segera pulihkan keadaan seperti biasa, tak nak konflik terpalit kepada waris.” Achey Bocey

KONFLIK berpanjangan antara pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah…

26 mins ago

Bengang jalan raya rosak tak dibaiki, wanita protes, tak geli posing dalam lopak air berlumpur

KEROSAKAN jalan seperti jalan berlubang boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalan raya. Bengang kerana sudah lama…

2 hours ago

Pindah amaun akaun 2 KWSP ke akaun 3, ini cara perlu dilakukan elak gagal. 5 info pengeluaran perlu tahu

BERITA mengenai Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau terdahulu disebut sebagai Akaun 3…

4 hours ago

‘Bertuah Wan dapat jaga mak…’ Kongsi perbualan ketika arwah ibu sakit, Chef Wan luah rasa rindu bikin sebak!

TARIKH 12 Mei 2024 diraikan sebagai sambutan hari ibu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan dan…

6 hours ago

‘Kalau part gigi saya jadi OCD’. Scha Alyahya sanggup hadap masalah gugur rambut berbanding hilang gigi

SEBAGAI selebriti yang sentiasa menjadi spotlight ramai, sudah tentunya Scha Alyahya sangat menjaga penampilan diri…

7 hours ago