"Kamu kakak terbaik" – Nelydia titip ucapan birthday buat Uqasha

A
A
A

BUKAN semua orang ditakdirkan mempunyai adik-beradik ramai. Ada yang dilahirkan anak tunggal dalam keluarga.

Jika korang mempunyai adik-beradik, ia merupakan rezeki berharga kurniaan ALLAH.

Dengan adik-beradik kita boleh berkongsi kasih sayang, membesar bersama-sama dan sebagainya.

Ketika kecil dengan adik-beradiklah tempat bergaduh, bermanja, merajuk, mengadu dan menangis.

Begitu juga dengan pelakon cantik, Nelydia Senrose yang dilahirkan dalam keluarga besar. Kehidupannya ceria dan bahagia dikelilingi adik-beradik ramai antaranya pelakon, Uqasha Senrose.

Menerusi hantaran laman sosial Instagram, beliau berkongsi beberapa keping foto lama yang menggamit kenangan dan memori bersama Uqasha, kakak kesayangannya.

Barangkali memikirkan ini merupakan ulang tahun terakhir Uqasha sebelum bergelar isteri, maka Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Sen mengambil kesempatan menitipkan ucapan istimewa.

Pelakon watak Amanda dalam drama Cinta Sekali Lagi itu mengakui dirinya sangat bertuah dikurniakan kakak sebaik Uqasha.

"Selamat ulang tahun Usha! Begitu banyak kenangan yang telah kita lalui bersama dan saya menghargai setiap saat itu.

"Kamu merupakan kakak terbaik yang pernah saya ada. Saya sangat bertuah kerana mempunyai kakak sepertimu. Terima kasih selalu manjakan diri ini walaupun kadang-kadang kakak menyampah nak layan," coretnya.

Selain itu, Nelydia turut mendoakan agar kakaknya itu sentiasa dilindungi ALLAH dan hidupnya diberkati dunia akhirat.

Menjengah pada ruangan komen, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen turut dilihat membalas ucapan adiknya itu.

"Haha, gambar paling akhir tu sebenarnya baru kena marah dengan mama. Apapun terima kasih adikku. Sayang kamu sangat-sangat," tulis Uqasha.

Rata-rata warganet dan rakan artis juga mengambil kesempatan mengucapkan hari lahir dan memuji kecantikan dua beradik itu sejak kecil.

- "Both of you macam barbie doll omg!."

- "Chantikkkkknyaaa... dari kecik comel besarr makin chantikkkk!."

- "Comelnya zaman kecik, best je tengok adik beradik ni."

- "Awww... sister are connected by the heart, forever together, they will never be apart beautiful siblings!."

- "Comelnya dapat tengok zaman budak kecik. Aemoga bahagia selalu dua beradik ni. Kalau ada rezeki buat drama sama-sama mesti best meletop."

Baca juga Nostalgia lulus ujibakat lakonan, Noorkhiriah hargai jasa Datuk Tarmimi Siregar

Terdahulu, Uqasha menerima kejutan apabila dilamar kekasihnya pelakon, Kamal Adli berusia 35 tahun pada Majlis Anugerah MeleTOP Era 2020 bulan Disember lalu.

Hubungan cinta mereka semakin menjadi perhatian selepas digandingkan dalam drama arahan Michael Ang berjudul Setelah Terlafaznya Akad.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca