Kongsi rezeki, program menarik Ramadan bersama TV3, TV9

SEMPENA meraikan bulan Ramadan, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) melancarkan kempen Salam Sayang dalam usaha mendekatkan diri dengan msyarakat terutama selepas pandemik Covid-19 melanda negara dan dunia lebih setahun lalu.

Tema Salam Sayang dipilih sebagai kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, MPTN, khususnya TV3 dan TV9 telah mencetuskan inisiatif Kempen Salam Sayang bagi membantu para pengusaha kecil memperluaskan perniagaan mereka menerusi Misi Salam Sayang.

“Objektif kami adalah untuk sebarkan rezeki dan luaskan jalinan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Misi Salam Sayang ini dijangka dapat membantu memulihkan semula semangat mereka untuk mencari rezeki.

Iklan
Iklan

“Selain itu, TV3 dan TV9 juga meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre keagamaan, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton,” katanya.

Dalam pada itu, TV3 menyediakan platform Misi Salam Sayang kepada pengusaha kecil mempromosikan produk mereka di laman sosial TV3 Malaysia.

Tidak hanya itu, TV3 juga akan membeli barangan produk mereka untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Aktiviti khidmat masyarakat (CSR) ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Misi tersebut bertujuan untuk menceriakan bulan Ramadan kepada mereka yang terkesan.

Antara program dan drama menarik di TV3.

Dalam pada itu, MPTN meneruskan tradisi menyajikan program-program menarik untuk penonton sepanjang Ramadan.

Program kegemaran ramai untuk bulan Ramadan, Jejak Rasul tampil dengan pengisian menarik walaupun produksi terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Musim baharu Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul bersama hos Ahmad Fedtri Yahya yang mula bersiaran di TV3, pada 9 April lalu akan membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.

Diikuti dengan program Tanyalah Ustaz (setiap hari, 6.30 pagi) dan Tadarus Al Quran (sepanjang bulan Ramadan, 7 malam).

Manakala untuk drama pula,  TV9 memperkenalkan slot drama Diandra yang akan menyajikan drama komedi sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kampung Kolestrol lakonan Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Rusdi Ramli akan membuka tirai slot Diandra pada 20 April ini.

Diikuti drama Assalamualaikum Mustafa yang akan mula bersiaran pada 5 Mei depan.

Tidak ketinggalan drama-drama yang menghiasi slot Akasia, Lestary, Samarinda dan Drama Pukul 6 di TV3 turut tampil dengan karya menarik.

Antaranya ialah Tak Sempurna Mencintaimu, Covid Oh Covid, Kisah Cinta Rumi, Penjara Janji, Cukup Derita, Kekasih Hati Mr Bodyguard, Sabarlah Duhai Hati, Madam E Wallet, Single Terlalu Lama dan Ramadani.

Istimewa di bulan Ramadan, slot Cerekarama menyajikan naskah menarik Basikal Karat lakonan Zamarul Hisyam dan Nadiya Nisaa.

Program gaya hidup pula akan bersiaran pada 17 & 18 April menerusi Pesan Makan, Jalan Jalan Cari Makan Ramadan, Apa Nak Masak Ni? dan Jom Berbuka.

Selain itu, program bual bicara, Sembang Sahur yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 11 malam.

Akustika Ramadan pula kembali dengan musim baharu dengan pengisian program yang lebih menarik pada setiap Selasa, jam 11 malam.

Dalam pada itu, program Jom Heboh Di Rumah Raya Bersama Shopee akan bersiaran pada 4 Mei, jam 9 malam dan 5 Mei,  jam 2 petang di TV3 dan Shopee Live!

Program itu menampilkan artis-artis dan selebriti tanah air popular seperti Anuar Zain, Yasin Sulaiman, MK K-Clique, Ernie Zakri, Syamel dan juga Chef Wan!

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

6 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

7 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

8 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

10 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

12 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

14 hours ago