Lepas berlakon, menyanyi pula; Meerqeen akui cuba nasib

PENGLIBATAN jejaka berusia 20 tahun ini dalam bidang seni boleh dikatakan masih setahun jagung.

Sebaik sahaja dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam program Pencarian Hero Remaja 2020, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam atau lebih dikenali dengan nama Meerqeen tidak menunggu lama untuk mengatur langkah sebagai anak seni.

Memulakan perjalanan sebagai sebagai pelakon, anak muda itu kini melangkah setapak ke hadapan dengan mencongak nasib dalam bidang seni suara yang menjadi minatnya sejak dulu lagi.

Namun, berbeza dengan dunia lakonan, Meerqeen mengakui penglibatan beliau dalam dunia nyanyian hanya sekadar percubaan.

“Sejujurnya saya memang meminati bidang seni suara sejak saya berada di bangku sekolah lagi. Bagaimanapun, rezeki daripada ALLAH SWT memang tak pernah salah alamat.

“Walaupun minat menyanyi, tetapi rezeki berlakon datang dulu dan jujur saya kataka, saya sudah jatuh cinta dengan bidang lakonan.

Iklan
Iklan

“Cuma bila peluang untuk bergelar penyanyi itu datang, sukar untuk saya tolak. Saya membulatkan tekad untuk cuba dan mahu lihat sejauhmana sambutan daripada para pendengar.

“Tujuan saya sebenarnya adalah untuk meneroka lebih banyak cabang seni selain mencari pengalaman untuk membentuk profil peribadi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Menunggu yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Meerqeen memulakan langkah dalam bidang seni selepas memenangi tempat ketiga Hero Remaja 2020.

Biarpun penghasilan single pertamanya ibarat bulan jatuh ke riba, Meerqeen sesekali tidak akan beralih arah daripada bidang lakonan.

“Saya tidak mahu memberi fokus 100 peratus terhadap bidang nyanyian saja. Kalau sambutan baik, insya-ALLAH saya akan terus dengan pelbagai genre.

“Cuma buat masa ini, saya belum bersedia dan tidak yakin untuk menyanyi secara langsung. Justeru, biarlah saya timba pengalaman dan pada masa sama, belajar untuk menjadi penyanyi yang lebih baik terlebih dulu.

“Kalau ada orang nak kecam, saya tidak kisah kerana kritikan akan membuatkan saya mahu terus memperbaiki diri,” jelasnya yang mengambil kelas vokal selama dua minggu bersama penyanyi Bob Yusof sebelum merakamkan lagu Menunggu.Menurut pelakon yang melonjak menerusi drama Angkara Cinta itu, beliau cukup bertuah kerana langkah yang diatur dalam bidang seni diiringi dengan sokongan padu daripada ramai pihak.

“Saya juga beruntung kerana pasukan pengurusan sudah menyusun perjalanan karier seni saya, bukan untuk tempoh setahun, tetapi dua hingga tiga tahun akan datang.

“Banyak yang sudah saya rancang dengan mereka, cuma saya seorang yang suka dengan elemen kejutan. Jadi, biarlah apa yang akan saya tampilkan selepas ini boleh ‘memeranjatkan’ peminat saya.

“Apa yang boleh saya katakan, walaupun baru setahun bergelar anak seni, perjalanan seni saya tidak mudah, tetapi tidak juga terlalu sukar,” ujarnya.

Inspirasi pengalaman sendiri

Dalam pada itu, ditanya lebih lanjut mengenai single pertamanya, Menunggu, anak saudara kepada penyanyi popular era 1990-an, Safura Yaacob itu berkata, lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan komposer muda, Aliff Iskandar.

Meerqeen mengakui lagu Menunggu dekat dengan dirinya selepas melalui kisah percintaan tidak kesampaian sebelum ini.

Katanya, naskhah tersebut mengisahkan kisah percintaan yang tidak kesampaian.

“Sebenarnya, Alif ada beri saya tiga buah lagu dan entah kenapa, saya merasakan lagu Menunggu ini dekat dengan saya.

“Sejujurnya saya juga pernah mengharungi kisah percintaan yang tidak menemui noktah. Walaupun masih muda untuk bercakap tentang perancangan masa depan, tetapi saya sudah lihat hubungan itu lebih jauh lima tahun ke depan.

“Bila ia berakhir kerana orang ketiga, saya ambil masa dua tahun untuk pulih. Atas sebab itu, bila saya dengar lagu ini, ia begitu dekat dengan saya. Saya juga percaya, ada lelaki lain di luar sana memiliki cerita duka yang sama,” katanya sebelum melabuhkan tirai perbualan.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

5 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

23 hours ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago