PELAKON dan pengacara Yana Samsudin memberitahu dia sudah selamat melahirkan anak kedua yang juga bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Batu Pahat, Johor.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 36, dia akan bercuti selama dua bulan daripada sebarang aktiviti seni mahupun permainan video.

“Alhamdulillah ABC (watak dalam The Masked Singer Malaysia) dah selamat melahirkan baby gaming dan ianya perempuan.

“Terima kasih semua yang sudi mendoakan Yana dan baby selamat dilahirkan. Semuanya telah dipermudahkan.

“Alhamdulillah sekali lagi,  Yana doakan buat ibu-ibu yang masih menanti untuk hamil anak pertama dan seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT…

Iklan

“Yana akan bercuti lebih kurang dua bulan daripada penggambaran dan game streaming. Sementara itu, En Ketua Rumah, Fadzil Zahari dan Aisy Mateen akan teruskan stream, sokonglah dia, dia pun kelakar juga sebenarnya,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Impian Yana untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya menjadi kenyataan.

Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Aisy Mateen yang kini berusia empat tahun.