PELAKON yang sedang meningkat naik, Yusuf Bahrin memaklumkan dia dan dua orang adik lelakinya telah dijangkiti virus Covid-19.

Yusuf atau nama penuhnya, Muhammad Yusuf Bahrin, 29, berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya pada Sabtu.

“Covid-19 di dalam tubuh saya dan adik-adik saya.

“Doakan saya dan adik-adik saya yang positif Covid-19 juga. Jaga keselamatan anda semua,” tulisnya.

Iklan
Dua adik Yusuf iaitu Yasser (kiri) dan Amin turut positif virus pandemik itu.

Rata-rata rakan artis seperti Sherry Alhadad, Alif Sattar, Farah Nabilah, Shiha Zikir, Siti Nordiana, Michael Ang dan ramai lagi turut bersimpati dan mendoakan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu segera sembuh.

Iklan

BACA JUGA ‘Yang Paling Tak Tahan Menggigil Sejuk Ke Tulang…’ – Jue Aziz Positif Covid-19