PENYANYI dan pendakwah bebas, Wan Najdi Wan Mohd Noh, 30, berkongsi khabar duka mengenai isterinya, Dr Nor Azreen Rahim yang disahkan positif virus Covid-19.

Lebih mendukacitakan, keputusan ujian calitan Covid-19 itu hanya diketahui selepas isterinya itu dalam proses untuk melahirkan anak keempat mereka.

“Dukacita dimaklumkan isteri saya positif Covid-19 kerana swab test untuk melahirkan anak.

“Doakan saya dan keluarga menempuh ujian ini. Terima kasih,” kongsinya menerusi laman Instagram.

Iklan

Bagaimanapun Najdi yang juga bekas peserta Imam Muda musim kedua dan anggota UNIC itu tidak berkongsi lanjut mengenai keadaan isterinya.

Iklan
Wan Najdi dan keluarganya ketika Lebaran baru-baru ini.

Najdi dan Azreen mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Maisarah, Wan Mustapha dan Wan Medina.