FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof, akan ditayangkan di Netflix, wanita jangan terlepas menonton ya!

Kaum ibu juga, jangan lupa boleh mengajak anak-anak menonton bersama kisah pahlawan, pengorbanan suami dan isteri serta perjuangan orang Melayu ini.

Umum maklum, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menempa pelbagai kejayaan sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lalu, mencatat kutipan RM100 juta dalam tempoh 40 hari tayangan.

Bukan itu sahaja, ia juga berjaya mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, Singapura dan juga Brunei sejak ditayangkan.

Filem tersebut juga mencecah kutipan yang tertinggi sepanjang zaman di negara Asia sekali gus memadamkan rekod yang dipegang oleh filem seram dari pengarah yang sama iaitu Munafik 2 pada tahun 2018.

Baca juga Air mata syukur, Syamsul Yusof terharu filem Mat Kilau raih RM90 juta, 33 hari tayangan

Air mata syukur, Syamsul Yusof terharu filem Mat Kilau raih RM90 juta, 33 hari tayangan

Berita gembira buat peminat filem tempatan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan secara rasminya bakal ditayangkan di Netflix pada 16 September secara global kecuali Indonesia yang akan bermula pada 14 Oktober depan.

Filem yang bermodalkan RM8 juta adalah hasil tangan Syamsul itu telah pun mencipta fenomena baru dan semangat perpaduan perjuangan Melayu.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Beto Khusyairi, Fattah Amin dan juga Johan As’ari itu mengisahkan perjuangan tokoh pahlawan Mat Kilau yang menentang penjajah British untuk melindungi tanah air sehingga beliau dan rakan-rakannya diangkat sebagai simbolik kemerdekaan dan juga kebebasan untuk Tanah Melayu.

Baca juga “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

Selain itu, ia turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Ellie Suriaty, Mubarak Majid dan Wan Hanafi Su.

Lebih membanggakan filem ini juga adalah filem Malaysia pertama mengatasi rekod kutipan filem Hollywood, Avengers: Endgame, yang mencatatkan kutipan lebih RM84 juta semasa ditayangkan di pawagam tempatan pada tahun 2019.

Sumber: Netflix

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.