PASANGAN selebriti popular, Ayda Jebat dan Nabil Mahir meluahkan rasa kesyukuran apabila berjaya memiliki kediaman banglo tiga tingkat yang dibeli bersempena sambutan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 30, menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram miliknya berkata, apa yang diperoleh itu adalah hasil daripada kerja keras dan pengorbanannya bersama suami selama ini.

“Alhamdulillah semua kerja keras, pengorbanan kami, tidak tidur malam, kepayahan dan kejatuhan semua berbayar.

“Kerja siang malam sehingga ke pagi sampai tak mampu nak buka mata, tapi muka masih senyum depan kamera.

“Tahniah buat Nabil Mahir dan saya. Sebenarnya ia juga adalah rezeki anak kami juga. Mari sibukkan diri untuk rumah baru kita,” tulisnya yang turut memuat naik gambar rumah baharu mereka.

Berkongsi kegembiraan sama, suami Ayda, pengacara Nabil Mahir, 34, turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya memenuhi impian mereka untuk memiliki kediaman tersebut.

Iklan

“Kita berjaya lakukan. Alhamdulillah, kami membeli sebuah rumah baharu untuk  diri kami. Hadiah anniversary lambat, tetapi rezeki tidak pernah salah alamat,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 3 bulan.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir)