ANAK sulung kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi, 3, semakin pulih selepas mengalami kecederaan pada bahagian sendi siku tangan kirinya.

Menurut Amar, 35, anak lelakinya itu juga sudah kembali aktif dan berada di rumah.

“Dia terkena subluxation atau dislokasidi bahagian sendi sikunya.

“Insiden itu terjadi ketika di sedang bermain di rumah, ketika itu Amyra mahu menyuap dia makan.

“Biasalah budak-budak umur macam ini, tengah nak explore. Nasib baik tiada apa-apa yang serius.

Iklan

“Setakat ini, alhamdulillah Anaqi sudah okey sikit dan berada di rumah. Dia juga sudah kembali aktif.

“Kami pakaikan dia plaster cast supaya tak mengganggu proses tangannya kembali sembuh,” jelas Amar seperti dilaporkan mStar.

Iklan

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Ayra Aryssa, yang kini berusia tujuh bulan.