PENYANYI Zizi Kirana teruja menantikan pelancaran projek kolaboratif pertamanya bersama kumpulan nasyid Unic, berjudul  Purnama yang dihasilkan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan bakal dilancarkan hari ini.

Bagaimanapun, dalam keterujaan itu, Zizi meluahkan rasa kesal dengan tindakan salah seorang individu yang meninggalkan komen biadap pada hantaran terbaharunya berkenaan projek terbabit yang dimuat naik di laman Facebook miliknya semalam.

Pelantun lagu Eh itu pantas bertindak untuk menegur individu terbabit dan meminta agar menjaga kata-kata yang ditulis di hantaran tersebut.

“Please! Untuk kali ini, jaga komen di hantaran yang baru saya muat naik di Instagram dan Facebook saya.

“Kalau tak suka Zizi Kirana, komenlah di gambar lain, tapi bukan di hantaran baharu ini.

“Tolong respect! Kat situ ada nama Ustaz Fakrul dan Ustaz Bazli. Tolong ya..,” tulis Zizi di Instagram Story.

Iklan

Mengulas tentang kolaboratif terbabit, kata Zizi, ia merupakan salah satu daripada impiannya yang menjadi kenyataan apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Unic, kumpulan nasyid yang begitu diminati sejak dulu.

Selain itu, Zizi juga baru sahaja muncul dengan single terbaharunya, Tentu yang dilancarkan pada 21 Oktober lalu dan kini sedang mendapat sambutan hangat.

Iklan

 

(SUMBER: Facebook & Instagram Zizi Kirana)