SETELAH hampir tiga minggu melahirkan anak keduannya, pelakon, Faye Kusairi akhirnya berkongsi gambar dan nama anak keduanya.

Memilih nama Asha Azmi, Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, memberitahu anak perempuannya itu masih mengalami jaundice atau masalah kuning.

“Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi. Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah.

“Terima kasih semua yang mendoakan Asha dan Mommy. Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat serta dirahmati oleh ALLAH SWT,” tulisnya di Instagram.

Iklan

Faye mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.

Iklan