PENGACARA dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya,39, selesai menjalani pembedahan akibat kemalangan, malam tadi.

Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” katanya.

Artikel berkenaan: “Petua guna garam dan lada hitam, buang toksik dalam badan” – Ahmad Fitri Yahya

Ramai warganet dan rakan artis turut mendoakan kesihatan Fedtri antaranya Lah Ahmad, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman.

Iklan

Doa kesembuhan membanjiri ruangan komen status di laman sosial itu antaranya:

Iklan

Zuha Akmal- Semoga cepat sembuh & diberikan kekuatan buat Fedtri yahya & juga kluarga…Aamiin

Sharipah Khatijah – Moga Allah kurnia kesembuhan yg sempurna.

Wan Saliza Zami – w.salam…semoga tabah dan sabar dlm menghadapi ujian yg dberikan…semoga cepat semboh…

Norbeehayah Hashim – Syafakallah Fedtri Yahya..semoga dipermudahkan segala urusan.Aamiin

Shahista Ihsan – semoga diberi kesembuhan buat fedtri yahya dan kesabaran buat isteri serta anak2…aaminn

Hazril Malek – ShafakAllah… semoga cepat sembuh. boleh beraksi kembali di kaca tv. semoga dipermudahkan segala urusan.

Nur Nirmala – Semoga cepat recovery,dan byk byk isirehat dan Diberi kesembuhan buat saudara FEDTRI

SinarPlus turut mendoakan kesembuhan Fedtri dan dimudahkan dalam segala urusan.