PASANGAN romantis, Fattah Amin dan Nur Fazura menunaikan janji mereka untuk berkongsi nama puteri sulung mereka, genap hari ketujuh kelahiran.

Menerusi perkongsian di Instgram Fattzuralovelife, pasangan itu turut berkongsi sedikit video Fazura bersama bayi mereka yang diberi nama Nur Fatima Aisya itu.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ini tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tapi Fatima tahu ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties dan Uncles semua. Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/CGHSQ88AQX3/?utm_source=ig_web_copy_link

Iklan

Fattah dan Fazura bernikah pada 27 November 2017. Pasangan itu mula menjalin cinta ketika digandingkan bersama menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang ditayangkan di saluran Astro Ria.

Iklan

Fatima Aisya dilahirkan secara normal pada 2 Oktober lalu.