BIARPUN drama rantaian popular 7 Hari Mencintaiku 2 telahpun melabuhkan tirainya pada Isnin lalu, ia masih lagi menjadi perbualan hangat sehingga ke hari ini.

Tidak ketinggalan usikan peminat yang mahu menjodohkan pelakon Syazwan Zulkifly, 33, dan Wan Sharmila, 39, di dunia nyata setelah melihat keserasian lakonan mereka sebagai pasangan suami isteri drama tersebut.

Terpengaruh dengan kemesraan watak Helmi dan Sofi, peminat dan penonton drama berkenaan menginginkan mereka bersatu dan menjadi pasangan kekasih sebenar.

Apatah lagi baik Syazwan mahupun Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala masih berstatus solo.

“Watak Helmi dan Sophie itu hanya dalam drama sahaja, di luar kami hanya kawan,” ujar Wan Sharmila.

Biarpun begitu, peminat tetap mengharapkan mereka untuk bersatu. Malah hampir setiap kali Wan Sharmila memuat naik foto terbaharunya di laman Instagram, ada sahaja komen-komen mengusik dan mengaitkan dengan Syazwan. Tidak kurang yang menitipkan doa agar mereka berdua berjodoh.

Iklan

Lebih melucukan, Syazwan sering melayani usikan para peminatnya dengan membalas komen yang diberikan dengan kata-kata menyokong.

Hakikatnya, Syazwan dan Wan Sharmila telah lama saling mengenali dan bekerjasama. Terbaru mereka juga turut digandingkan bersama menerusi telefilem Kala Malam yang bakal disiarkan di Astro Citra tidak lama lagi.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Wan Sharmila & Syazwan Zulkifly)