“Mana royalti album Rockology kami yang mereka jual?” Amy terkilan Din, Kid belakangkan Search

 

VOKALIS kumpulan Search, Datuk Amy kesal dengan tindakan pemain gitar adik-beradik, Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid’Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, keputusan yang dibuat mereka bukan hanya membelakangkan ahli kumpulan Search malah memang jelas melanggar undang-undang.

Beliau turut mempersoalkan royalti album yang sepatutnya menjadi hak bersama, namun masih belum menerima sejak dipasarkan pada 2022.

“Itu (royalti) hak kami; hak anak, isteri (bekas pemain dram), Allahyarham Yazit, hak Nasir dan saya.

Iklan
Iklan

“Ketika mereka memutuskan jual album Rockology Search, sekeping dokumen pun tidak ada. Sedangkan lagu yang diterbitkan dalam album itu kami mainkan bersama.

“Banyak benda yang mereka langgar dan mereka tidak menghormati kami walaupun mereka tahu apa yang mereka buat itu salah,” katanya.

Amy, 66, berkata demikan ketika ditemui pada majlis Jamuan Hari Raya Go Search International yang diadakan di Villa Zamara, Sungai Penchala baru-baru ini.

Tambah bapa kepada pelakon Nabila Huda itu, lebih mengecewakan apabila diberitahu salah seorang rakan mereka, Din dengan penuh yakin menyatakan jumlah royalti yang akan diberikan bergantung kepada ihsan mereka.

“Kalau ikutkan mereka sudah langgar Akta Hak Cipta. Apa yang mereka lakukan ini adalah sesuatu yang serius. Saya rasa terkilan kerana mereka tidak menghormati kami dan isu ini juga sudah lama.

“Seingat saya, sudah ada wartawan yang bertanya mengenai perkara ini dan mereka jawab akan selesaikan dengan kami. Tetapi sampai sekarang, tidak ada sebarang perkembangan,” ujarnya.

Rentetan daripada itu, Amy berkata, Search akan mengambil tindakan undang-undang dan bakal berbincang bersama peguam kelak.

Jelasnya, perkara tersebut berlanjutan sudah lama dan itu jalan penyelesaian sekiranya mereka terus berdiam diri.

“Apa yang mereka lakukan ini adalah contoh tidak baik. Kalau dulu kita berkempen soal isu cetak rompak, tapi hari ini rakan sendiri yang rompak hasil titik peluh bersama.

“Kalau tak tahu undang-undang dunia tak apa, tetapi ikut hukum (Islam)? Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang mereka lakukan. Saya juga tidak halalkan apa yang mereka buat. Itu hak anak-anak juga.

“Sekarang saya masih hidup bolehlah saya bersuara. Bila saya tiada nanti, anak-anak saya perlu merempat jumpa mereka? Sedangkan anak isteri Yazit pun tak dapat satu sen, apatah lagi anak-anak saya,” katanya.

Album Rockology Search: Kid’Din Collection Series dijual secara dalam talian sejak November 2021 dengan harga RM299.

Ia CD berkembar mengandungi 22 lagu Search.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Share
Nilam Nur Atikah Oshman

Published by
Nilam Nur Atikah Oshman

Recent Posts

Pernah dibuang, jadi anak angkat. Muka ‘Pakistan’ bonus Fan Zihe di China

  BAYI malang berasal dari Pakistan yang dijumpai dalam kotak kadbod oleh sepasang suami isteri…

3 hours ago

Hati-hati! Kes naik hampir 2 kali ganda, gelombang baru Covid-19 Singapura, 15 info perlu tahu

GELOMBANG baharu wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Singapura membimbangkan apatah lagi apabila ia membabitkan lonjakan…

9 hours ago

‘Jangan simpati, zahirkan kebencian apa yang dilakukan.’ Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dijarakkan, ini sebabnya

PENGEBUMIAN suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor tular susulan dikuburkan jauh liang lahad penghuni…

11 hours ago

‘Tak boleh kawal, apa mak masak itu kita makan.’ Siti Nurhaliza kongsi tip pemakanan Aafiyah, Afwa

KESIBUKAN dengan aktiviti kerjaya tidak membataskan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk mengambil berat…

11 hours ago

‘Ya ALLAH kurniakan syifa-MU.’ Tubuh susut & pucat, masalah kesihatan Fatimah The Family UK jadi tanda tanya

FATIMAH Omar Mukhlis, 10, kanak-kanak petah yang popular di laman sosial. Dilahirkan di Birmingham, United…

12 hours ago

‘Tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana…’ Adik sayu kata-kata Sarjan Faridah jadi kenyataan, anak OKU kehilangan ibu

PEMERGIAN Pegawai Tidak Tauliah Kanan dari Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan…

15 hours ago