‘Mudahnya dapat dosa. Jaga lidah, lisan…’ Video sedondon baju putih bersama Aliff Aziz jadi perhatian, ini reaksi Ruhainies!

PERKONGSIAN terbaharu pelakon Ruhainies menerusi Instagram Story miliknya mengundang tumpuan ramai.

Manakan tidaknya, beliau yang berjubah putih lengkap dengan tudung labuh berdiri di sisi pelakon kontriversi yang dikaitkan dengannya, Aliff Aziz.

Melihat kepada pakaian tersebut, pasti mereka dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah.

Hantaran tersebut bagaimana pun mengundang pelbagai spekulasi dan pelbagai komen dilontarkan warga maya.

Baca ni ‘Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa.’ Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Bagi meredakan situasi tersebut, pemilik nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik satu lagi video.

Iklan
Iklan

“Posted my precious IG Story for only than 15 min, video tu dah viral di TikTok, IG, FB dan lain-lain.

“Its show how bad our mentality, your mind is full of negativity.

Baca lagi Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar khalwat dengan Ruhainies. ‘Hanya makan-makan bersama keluarga’

 

“Tu video orang berdoa sebelum mula bekerja (shooting). And it shows dunia ni terlalu tenat dan penuh fitnah. Dan terlalu banyak fake news yang mudah media gula-gulakan kepada netizen tanpa unsur periksa demi mengejar VIEWS,” ujar adik kepada pelakon Nur Risteena.

Rupa-rupanya mereka bukan sekadar berdua sahaja. Sebaliknya mnurut beliau, krew produksi berada merata tempat dengan walkie talkie.

“Semua orang pun tahu kami masih dalam penggambaran dara. Dan dengan mudahnya manusia sekarang dapat dosa kering.

Baca jugaSyarikat suplemen ‘censor’ wajah Ruhainies dalam iklan, tegaskan tidak sokong kelakuan buruk atau kontroversi

“Jaga lidah, jaga lisan, ini hari Jumaat dalam bulan Ramadan. Muhasabah.

“Pesanan pada diri sendiri juga. Semoga doa yang baik atau sebaliknya berbalik pada diri anda. Amin,” ungkapnya lagi.

Terdahulu, Ruhainies mencetuskan kontroversi disebabkan isu ‘tangkap basah’ yang mengaitkan dirinya bersama artis kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Baca lagi Isu 3 pagi tidak benar, Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies di WhatsApp

Berita tersebut mencetuskan kemarahan ramai. Malah Bella Astilah yang merupakan isteri Aliff telah mengemukakan permohonan penceraian.

Sumber : Instagram Story ruhainies7

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

 

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Ubai sebak, Shila Amzah selamat bersalin anak kedua. ‘Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira’

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Shila Amzah dan suami, Ubai Zulkefli selamat menimang cahaya mata bersama…

4 hours ago

Parah muka & mata angkara asid yang dibawa pulang bapa, gadis pasrah. ‘Saya tidak pernah berdendam’

14 tahun telah berlalu, insiden terpercik asid yang tidak disengajakan oleh bapa masih segar dalam…

6 hours ago

Air mata iringi pengebumian mangsa pokok tumbang, anak-anak & keluarga hiba dan sayu

MAJLIS pengebumian mangsa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur Allahyarham Md Rizal Atan,…

10 hours ago

Minat bola sepak kerana bapa, Faisal Halim pernah lalui kepayahan peringkat awal. ‘Ayah tidak cukup duit beli kasut bola….’

INSIDEN jenayah yang menimpa tonggak pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus meruntun hati. Masakan tidak,…

11 hours ago

#standwithfaisalhalim, Sultan Selangor titah perkenan tidak hadir Piala Sumbangsih, kecewa permohonan tangguh ditolak

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah memberi perkenan dan menyokong sepenuhnya keputusan pasukan…

16 hours ago

Grab promosi kaw kaw Shopee Mall Super Brand Day, ini pilihan hadiah buat insan tersayang sempena Hari Ibu

SEMPENA minggu sambutan Hari Ibu, mesti ramai yang plan untuk memberikan hadiah kejutan buat insan…

16 hours ago