Niat saya betul-betul kerana ALLAH, tapi lain pula jadinya - Nora Ariffin
PENYANYI Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa kesal apabila tindakannya berkongsi berita perkahwinan keduanya bersama suami, Dr Rushdi Ramli, disalah ertikan segelintir pihak sehingga menimbulkan fitnah.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, menerusi laman Instagramnya pada Ahad menegaskan, niatnya berkongsi berita tersebut adalah untuk mengelakkan fitnah dan semata-mata kerana ALLAH.
“Perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.
“Berkahwin itu perkara baik. Mendapat pahala, wajar dihebahkan dan kerana itulah, saya mengambil keputusan untuk beritahu pada semua untuk mengelakkan fitnah.
“Niat saya betul-betul kerana ALLAH, tapi lain pula jadinya. Bagitahu salah, tak bagitahu pun salah,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata, biarpun bergelar selebriti, dia juga mempunyai untuk tidak berkongsi perihal kehidupan peribadinya kepada umum jika dirasakan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
“Saya juga berhak untuk tidak berkongsi atau menjelaskan segala-galanya tentang hal-hal kehidupan peribadi saya, sekiranya tiada keperluan. That's my privacy.
“Sekiranya perbuatan saya salah di sisi hukum ALLAH, biarlah saya meminta ampun dari-NYA.
“Biarlah para agamawan, aulia yang memberi nasihat pada saya. Insya-ALLAH. Saya akan perbetulkan kesalahan saya,” tegasnya.
Menerusi perkongsian sama, Nora meminta individu yang sengaja memburukkan dirinya dan suami untuk tampil bersemuka.
“Saya menyeru kepada individu yang sengaja ingin memburukkan kami agar tampil bertemu muka.
“Mungkin individu ini ada masalah, kita sama-sama bantu.Saya ingin tahu apa tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini?
“Lagipun ini adalah hal kehidupan saya. Kenapa gunakan media sosial dan akaun palsu untuk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya secara terus. Apa niat anda?
“Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya. Tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya, itu adalah hak suami saya. Hak mutlak seorang suami. Tidak boleh dipaksa-paksa. Saya serahkan pada ALLAH SWT, katanya.
Terdahulu Nora pada Jumaat lalu mendedahkan telah kembali bergelar isteri apabila melangsungkan perkahwinan dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.
(FOTO & SUMBER: Instagram Nora Ariffin)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang