PELAKON Nad Zainal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah paru-parunya dikesan mengalami pendarahan pada malam Isnin.
Berita duka itu dikongsikan sendiri rakan gandingannya dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail.
Menurutnya, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas sehari selepas itu.
“Jumaat lepas, dia bangun tidur tiba-tiba rasa nak pitam dan loya tapi tak muntah. Tapi dia pergi set penggambaran juga, waktu nak solat tu dia kata nak pergi klinik dan doktor cakap hanya asid reflux.
“Jadi, dia hanya makan ubat. Tapi hari mengundi, Sabtu, kami pergi makan, dia mengadu dada rasa ketat. Susah nak bernafas dan nafas dia berbunyi.
“Keesokkannya (Ahad), dia nak pergi set penggambaran tapi tak larat dan terus pergi hospital. Doktor bagi ubat dan balik sebab dada dah rasa okay,” kata Ungku seperti dilaporkan Astro Gempak.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan.
“Pada Isnin dia dah tak tahan sangat, malam terus pergi jumpa doktor pakar. Masuk unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-paru penuh dengan darah.
“Terus lakukan prosedur keluarkan semua darah. Alhamdulillah, prosedur itu dah selesai tapi dalam keadaan macam ini, paru-paru masih basah, bernafas pun susah.
“Bila tengok pun sedih juga keadaan dia nak bernafas, doktor kata nampak dia struggle untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam.
“Sekarang doktor nak pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak nak dia struggle untuk bernafas,” ujar bintang berusia 36 tahun itu.
Terdahulu Nad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Sumber : Astro Gempak
BERITA serangan individu bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor menggemparkan negara. Kejadian yang dikaitkan…
"AMI, terima kasih jadi anak yang baik." Demikian luahan Azza Asyariena Azhar, 27, yang baharu…
PELAKON yang dikaitkan dengan kontroversi akhir-akhir ini, Fatiya Latiff mendedahkan dirinya menderita penyakit mental skizofrenia.…
KEMATIAN tragis seorang remaja wanita di Indonesia dianiaya 11 lelaki apabila diperkosa dan dibunuh kejam.…
SERANGAN ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi ini meruntun hati menyaksikan dua…
[DIKEMAS KINI] INSIDEN tergempar yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram ini benar-benar mengejutkan! Serangan…