‘Pemilihan pelakon cantik untuk watak utama sudah dipraktikkan sejak dulu’

TIDAK dapat dinafikan, paras rupa yang cantik menjadi faktor utama dalam pemilihan pelakon di persada seni tanah air sejak dulu.

Namun, paras rupa yang cantik semata-mata tanpa disertai bakat tidak cukup untuk seseorang pelakon menempa nama dalam bidang seni.

Itulah topik hangat yang dibincangkan dalam forum Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti? yang berlangsung di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.

Forum yang dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan FSKK, UKM sempena menyemarakkan penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) KE 32 yang bakal berlangsung pada 2 Disember depan.

Barisan ahli panel bersama wakil daripada WHAM.

Barisan ahli panel yang diundang mengupas topik itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim; Ahli Jawatankuasa, Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang juga Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam dan Seniwati veteran, Noor Kumalasari.

Iklan
Iklan

Tidak ketinggalan, penampilan dua pendatang baru meningkat naik dalam industri hiburan, Sharifah Rose dan Hariz Hamdan serta aktor Fahrin Ahmad sebagai moderator.

Majlis pelancaran forum disempurnakan Pengerusi Finas, Senator Datuk Seri Zurainah Musa. Hadir sama, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin dan Penerbit A Aida Production, Datuk A Aida.

Rata-rata ahli panel yang diundang sepakat paras rupa yang cantik harus seiringan dengan bakat dalam misi untuk menjadi pelakon hebat di pentas lakonan.

Menurut Prof Dr Md Nasir, pemilihan pelakon cantik untuk watak utama sudah dipraktikkan sejak dulu.

Prof Nasir bersama moderator, Fahrin Ahmad.

“Antara pelakon yang cantik pada zaman dulu ialah Seniwati Maria Menado, Zaiton dan Roseyatimah. Pemilihan pelakon yang cantik dan kacak diperlukan untuk watak hero.

“Namun, pemilihan pelakon utama juga dibuat menerusi uji bakat dan bukan sekadar cantik semata-mata.

“Ada juga pelakon yang mewarisi bakat lakonan dari ahli keluarga seperti Noor Kumalasari dan Fauziah Datuk Ahmad Daud,” katanya.

Kata Md Nasir lagi, bukan saja paras rupa dan bakat tetapi sikap seseorang pelakon juga memainkan peranan penting untuk menjadi pelakon yang bagus.

“Pada pemerhatian saya, pelakon pada zaman dulu, hubungan mereka rapat seperti adik beradik dan mereka menetap di kuarters yang sama pada zaman Show Brothers.

“Pelakon dulu juga sangat menjaga aspek disiplin kerana sikap memainkan peranan penting untuk berjaya dalam bidang lakonan. Berbeza dengan pelakon baru zaman sekarang yang bersikap sombong.

“Sebagai pelakon baru, mereka boleh menggilap bakat lakonan dengan menimba ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman,”katanya.

Yusof Haslam senada

Produser dan pengarah yang pernah mendapat jolokan ‘Six Million Dollar Man’, Datuk Yusof Haslam, berpendapat rupa dan bakat harus seiring untuk mendapat tempat dalam industri perfileman.

“Bercakap soal bakat dan sebagainya, bagi saya ia subjektif kerana semua manusia pun mahukan yang cantik. Kalau kita buat filem pun contoh filem Hindustan pun semua nak yang cantik tapi tanpa kita mengabaikan bakat.

“Sebagai pelakon dan pengarah, mata kita adalah kamera. Kita akan tengok cara pelakon itu berjalan dan bercakap. Isteri saya sendiri adalah penasihat dan penonton pula mewakili masyarakat. Jika tidak, saya akan menjadi pengarah yang syok sendiri.

“Menghasilkan filem juga ‘survival’ kerana buat filem bukannya mudah. Buat dua tiga filem bukannya semua berjaya kerana ia bagaikan satu perjudian,” katanya.

Mengimbas latarnya, Yusof berkata, dia bermula sebagai pelakon dan pengarah ketika meniti usia belasan tahun.

“Saya juga mengambil Noor Kumalasari untuk berlakon dalam filem pertama kerana terpikat dengannya yang juga seorang model yang cantik pada zaman itu.

“Bagi saya, bakat dan rupa penting untuk pemilihan pelakon. Bila isu ini diperdebatkan, saya ada menghubungi A Aida kerana saya sependapat dengannya kerana kami sama-sama bergelar produser,” katanya.

Yusof berkata, dia juga meminta pandangan isterinya yang sentiasa memberikannya motivasi untuk menghasilkan filem.

“Saya menampilkan Awie dalam filem Pemburu Bayang dan filem itu juga berjaya.

“Manakala, dalam filem Sembilu pula, pilihan pertama saya adalah Aktres Sofea Jane tetapi dia menolak tawaran terbabit kerana mahukan watak lebih mencabar. Justeru, saya mengikut cadangan isteri untuk mengambil Erra Fazira kerana dia juga Ratu Cantik ketika itu.

“Selain Awie dan Erra Fazira, saya juga mengambil Ziana Zain untuk berlakon dalam filem terbitan sata kerana dia juga berbakat,” katanya.

Barisan panel bersama wakil daripada WHAM dan pelajar UKM.

Namun, kata Yusof, bukan satu jaminan dengan mengambil artris popular dan cantik, filem akan mendapat sambutan kerana ada juga filem yang gagal.

“Ada juga pelakon yang memiliki personaliti yang kurang tapi ada daya penarik seperti Seniwati Azean Irdawaty dan Allahyarham Nordin Ahmad yang tidak sekacak manapun.

“Justeru, saya menafikan pelakon yang kurang dari segi rupa tiada peluang dalam industri kerana pembahagian watak mengikut kesesuiann dan masing-masing ada peranan dalam menaikkan industri seni,” katanya.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

3 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

4 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

6 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago